Lelaki 20-an kakitangan kerajaan bernikah dengan perempuan 20-an, kerja swasta. Perkenalan dan percintaan mereka dalam setahun, kemudian bernikah. Masa bernikah, suami tahu dia kerja kerajaan di JB dan menyukarkannya kalau hendak duduk di tempat isteri bekerja. Isteri pula, kerja kerani yang tak boleh pindah tapi kena letak jawatan dan cari kerja lain kalau nak ikut suami.
Suami di JB manakala isterinya hampir 150km jauhnya, sampai bila suami sanggup berulang alik atau seminggu sekali bertemu isteri yang duduk di rumah ibubapanya. Suami mencadangkan isteri berhenti kerja dan dia mampu menyara isteri dan keluarganya walaupun bekerja seorang. Atau, isteri boleh mohon kerja di JB yang walaupun tidak sebaik kerja lamanya.
Sebaliknya, setiap kali berbicara tentang perpindahan ini, isteri akan masam muka dan menunjukkan reaksi memboikot layanan mesra terhadap suaminya. Malah, isteri pula cadangkan supaya suami saja yang mintak pindah. Bukan senang suami nak pindah atas alasan ikut isteri tapi isteri tetap dengan pendiriannya.
Setahun berlalu, mereka dapat anak pertama. Bila sudah ada anak, semakin kuat suami ajak pindah di JB tapi isteri tetap tidak mahu. Alasan yang diberikan, dia mahu menjaga bapanya di kampung. Alasan ini dipertikaikan suami kerana ibunya masih ada dan kalau ada apa-apa, ibunya kan ada.
.... BERSAMBUNG KE EPISOD 2
Klik Sini Untuk Ke Episod 2
ASKM..SYA BELLABRAVOS ADE AMBIL PETIKAN ANDA...
BalasPadamsyabas kadi kluang... inilah satu2nya blog yg memaparkan kehidupan berlandaskan realiti kehidupan yg benar2 berlaku.. bukan sekadar cerita2 kosong & teori semata2.....
BalasPadamtulisan yg berdasarkan fakta & data... cuma masaalahnya tabiat org melayu ni, tak reti nak buat analisa berdasarkan fakta & data... tu yg masalah tak selesai2.... sampai ke sudah dok tang tu jugak...berlegar2 atas isu yg sama... tiada jalan penyelesaian....
Ustaz, masaalah demikian mmg sangat biasa. Kita bole beri pendapat & nasihat secara umum tapi yg empunya diri le yg lebih tahu cam mana keputusan, supaya mudah2an tak menyesal kemudian . Sbb agak banyak juga kes2 seumpama ni yg berakhir dgn perceraian & seumpamanya.
PadamSaya cuba beri pandangan saya berdasarkan pengalaman, pemerhatian & sikit2 ilmu.
Sbg manusia biasa yg dah biasa pegang duit sendiri, isteri memang le berat. Tapi ikut hukum bila suami kuat mengajak, isteri kenalah patuh. Allah tak suka klu ingkar, jadi cube le elakkan kemarahan Allah. (Berbeza kalau suami tu redha dgn keadaan demikian.)
(banyak juga kes2 yg suami tak paksa sebaliknya dia sabar ... akhirnya selang 3,4 tahun dapat bersama juga).
Tu yg saya kata manusia ni berbeza2.
Mereka hendaklah berbincang dari hati ke hati, dlm suasana harmoni, & harap2 kedua ibu bapa isteri memahami.
Buat perkiraan/perjanjian klu isteri tak keja, bahawa suami akan memberi nafkah isteri sekian, sekian, sekian, buget dapur, sewa, simpanan, dll sekian sekian.
Isteri pula mesti le ada saving sendiri. Dalam pada tu isteri boleh le nanti klu boring, cari kemahiran lain & peluang2 keja di tempat baru, & jgn lupa isi masa dgn mendalami agama (quran & sirah), sbb bila duduk rumah klu tak de aktiviti dekatkan diri pada Allah, jiwa akan kosong & lama2 akan memberontak.
Sekarang ni macam2 boleh cari duit, dari dlm rumah pun bole, nak tak nak aje.. as long as halal.
Mohon le pada Allah, kedua2nya patuhi la perintahNya. InsyaAllah diberi keputusan terbaik & bahagia.
aha
soalnya skrg soal hati, dah isteri yg tak nak & engkar perintah... so .. kalu sy suami , sy tak mau jadi suami weekend, nanti salahkan suami pulak bila suami cari yg lain....
BalasPadamorg lelaki mana boleh tahan sebulan tak bersama???? soooo stupid punya isteri.... tak tau syurga bawah tapak kaki suami.... dah dpt suami baik, isteri pulak buat hal... memang tak bersyukur punya manusia... ibu bapa mertua pun tak cerdik.... tahap agama mrk mcm mana agaknya....
banyak gak berlaku, ibu bapa mertua org masjid/surau tapi perangai & amalan... emmmmm...alahai... semuanya kerana penyakit wahan (cinta dunia)....
ketaatan seaorang wanita, apabila telah berkahwin, secara automatiknya berpindah dari ibubapanya kepada suaminya.
BalasPadamkalu tak sanggup menjadi isteri yg taat lagi solehah, jgn gatal2 nak kahwin.
kepada pihak lelaki pula, sebelum berkahwin pula, cari2 lah wanita2 yg beragama... insyaALLAH bahagia.
Mencari suami/isteri tidak semudah yg disangkakan.