Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

08 Februari 2012

Suami Mana Yang Boleh Bersabar, Tapi Dia Penyabar (Episod 3)


Cerita bomoh membomoh mengejutkan suami. Dia menafikan yang dia guna bomoh dan buat apa sampai dia nak bomohkan isteri sendiri. Apa untungnya dia buat begitu. Tapi bagi mak mertuanya yang sikit-sikit pergi jumpa bomoh itu, dia tetap percaya dengan kata-kata bomoh yang anaknya kena buat orang itu. Suami masih boleh bersabar dengan sikap isteri dan mak mertuanya, manakala bapa mertuanya seakan tidak mahu campurtangan sangat dalam masalah ini.

Bagaimanapun, cerita bomoh ini senyap seketika apabila si isteri sudah sihat selepas demam hampir seminggu demam. Tapi menurut emaknya, bomoh tadilah yang telah menghalau jin yang merasuk anaknya yang dihantar oleh suaminya itu. .

"Kalau susah-susah sangat, kau mintak saja cerai". Kata emaknya pada satu pagi.

Tadi isteri terdiam apabila ibunya menyebut perkataan 'cerai'. Di dalam hatinya tidak pernah terlintas hasrat bercerai dan lagi satu, dia sayangkan anaknya dan tak mahu suaminya memisahkan dia dengan anaknya, itu yang dia fikir.

Kesabaran maknya sudah ke peringkat impak maksima selepas anaknya cerita dia kena sepak terajang. Mengimbas kembali bila kejadian itu terjadi hampir setahun katanya tapi anaknya merahsiakan untuk menjaga air muka suaminya. Tapi bila maknya tanya lebih-lebih pasal itu, anaknya seakan tidak mahu memanjangkan cerita.

Bagaimanapun, suami tetap balik ke rumah isterinya walaupun dia tahu yang penerimaan pada dirinya cukup menghampakan. Makan minum suami lansung tidak dihiraukan sehingga suami terpaksa makan di warung dari sarapan hingga ke malam, isteri sikit pun tak hirau. Layanan isteri lansung tak mesra.

Mulai saat itu juga, si isteri tidak lansung mahu melayan nafsu sex suami walaupun tidur sebilik, tapi seorang atas katil, seorang di bawah. Si suami tetap bersabar dan cuba memujuk dirinya sendiri.

Tiga Tahun Usia Perkahwinan

Diam tak diam, usia perkahwinan mereka sudah menjangkau 3 tahun. Dalam tempoh itu, cuma 3 kali isteri pergi ke rumah suami di JB. Di JB, suami duduk seorang diri dengan harapan nanti isteri akan ikutnya berpindah dan duduk sama, tapi tidak. Perabut di rumah lengkap seperti rumah berkeluarga walaupun hakikatnya dia duduk seperti orang bujang di JB.

Dalam 3 tahun itu juga baru sekali isteri berhari raya di kampung suami di sebuah negeri luar Johor. Itupun pada tahun pertama perkahwinan iaitu selepas 4-5 bulan bernikah. Lepas itu isteri lansung tak mahu balik berhari raya di rumah suami. Pernah satu hari raya, suami malu dengan adik beradik dan mak ayahnya yang selalu bertanyakan menantu dan cucu yang lansung tak balik kampung. Suami terpaksa menahan sebak.

Malah pada tahun ketiga, suami ambil keputusan berhari raya di JB saja dan tak balik ke rumah isteri atau rumah ibubapanya sendiri. Mujur ada kedai mamak buka pada hari raya di JB yang jadi teman setianya. Dia buat begitu sebagai satu tanda protes tapi isterinya sedikit pun tidak melayan perasan suaminya.

Tiga Tahun Bukan Sekejap

Suami diberikan kesabaran untuk menempuh dugaan hidup ini. Tiga tahun itu bukan sekejap dan kalau perkara ini tidak selesai, dah tentu akan menjangkau 4 atau 5 tahun, malah boleh lama lagi. Tapi sampai bila harus dia bersabar dan bilakah nokhtar kesabarannya.

.....BERSAMBUNG KE EPISOD 4.

Episod 4 (Akhir), Klik Sini

4 ulasan:

  1. syabas kadi kluang... dgn adanya blog berdasarkan fakta & data serta "based on true story" ni membuktikan apa yg Rasullullah nampak masa israq mikraj bahawa penghuni neraka ramai terdiri dari kaum ppuan krn jahat mulut & layanan pd suami..

    tapi yg banyak diceritakan di akhbar2 @ cerita drama tv adalah suami yg teruk, isteri yg konon baik...

    kerana apa? sebab ppuan memang seronok membuka pekung di dada tapi dalam masa sama masih mengharap hidup bersama suami yg dikutuknya itu, tak berani pulak menuntut cerai cara baik (kalau suami jahat, boleh mintak fasakh, cerai takliq atau khuluq ~ tebus talak..) tak lah menanggung dosa selama hidup bersuami isteri...

    ramai sebenarnya yg saya jumpa suami yg terlalu baik spt dlm kisah benar ini, berbanding isteri yg konon baik, tapi mulut ... nauzubillah...

    kaum ppuan akan terdiam, mendiamkan diri & tak berani komen kalau kes ni berlaku yg mana jelas menunjukkan isteri tu bersalah... mrk akan datangkan pelbagai alasan/dalil utk menghalalkan/ membenarkan perbuatan isteri & ibunya itu (yg percaya bomoh pulak tu)....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masaalah bole setel insyaAllah kalau berilmu (agama) & amal. Masaalahnya kbnyakan org2 kita ni bila kerja aje, terus malas nak dalami ilmu, sedangkan klu ngaku umat Muhammad saw wajib tuntut ilmu sampai liang lahat (lelaki & perempuan).

      Tak kisah le samada dgn cara membaca, ceramah2 kat Youtube atau bergaul dgn org berilmu (jgn bertanya atau mengadu kat yg opposite sex atau member yg juga jahil termasuk le ibu ayah yg lebih pada adat).

      Pendapat saya, wanita tu sakit sbb Allah nak sedarkan, ye le, tugas utama isteri bukan cari rezeki (hanya membantu itupun klu suami redha)tetapi memenuhi sex suami. Masak pun tak wajib. Tu yg kdng2 isteri tak berapa nak layan sex sbb dia penat memasak & mengemas,dll. Sapa suruh lebih2 buat keja tu? apalagi sama2 cari duit.

      Klu merungut2 rugi aje. Layan sex suami, insyaAllah depa tolong buat keja2 lain. Kena tahu keutamaan. Suami dah travel jauh, ditolaknya pulak. Kesiannya. Mana Allah tak marah. Manakala tugas utama suami ialah nafkah (zahir & batin).

      Betul katan anon 1, klu suami tu pukul, patut pun klu tak diberi sex (quran pun ada sebut), tapi klu pukul melampau lampau, hingga tak tahan, sediakan bukti & bawa ke pejabat kadi utk tindakan seterusnya.

      Kadang2 bagus juga klu pi kat pejabat kadi, sbb perselisihan suami isteri ni perlukan pihak ke 3, drp mengadu kat ntah2 sapa2 yg juga jahil, lebih baik pi kat pej kadi utk dikaunseling.

      haa

      Padam
    2. betul kata 07:22AM, saya wpun seorang wanita, tp banyak sangat cerita 'suami jahat' sedangkan banyak je 'wanita jahat' diluar sana, jahat nampak @ tak nampak... kalau hidup xikut hukum, lebih pada perasaan, inilah jadinya. mcm kisah ni,..konon nak kata isteri tu baiklah... tp tindakan istri dan mertua hampeh...

      Padam
  2. waa..
    agak sy tentunya ramai pengikut kisah ni..
    bak kata sy itu hari la.
    kisah2.. realiti itam putih kehidupan..
    dan ramai jugak yg tidak mau memberi komen...

    malah tentunya ramai jugak yg xsabar nak mengikuti sambungan kisah ni..

    Quote:
    Tapi sampai bila harus dia bersabar dan bilakah nokhtar kesabarannya.

    sy percaya..
    akan sampai ke satu tahap..
    penyudahnya..
    sang suami.. akan bernikah lain..
    w/pun secara diam2...
    gitu la... al-kisahnya...

    Wallahu a'lam

    BalasPadam

Dipersilakan komen.