Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

04 Februari 2012

Mungkin Dia Kenal Isteri Dia Atas Landasan Keretapi


Saya lalu di satu landasan keretapi  di Kluang dan nampak ada 3 biji kereta yang mahal juga berhenti di tepi jalan. Tertanya juga saya, kemana perginya orang ni. Lepas tu saya nampak, rupanya dia orang sedang ambil gambar di atas landasan keretapi.

Pengantin dengan baju pengantin dan pegang bunga duduk atas landasan manakala jurugambar sedang asyik ambil gambar. Mujur juga keretapi tak lalu  masa tu, kalau tak, tak dapatlah ambil gambar kat situ.

Rasa nak tegelak juga saya tengok gelagat pengantin baru ni, macam tak ada tempat lain nak ambil gambar. Dalam hati saya berkata,

 " Mungkin dia mula kenal isteri dia dulu masa tengah melintas landasan keretapi, hehehe".


5 ulasan:

  1. mungkin jugak... ustaz..
    penuntut seni photografi..
    buat assignment tu ha..
    apa ke namanya.. xsilap sy disebut..
    "photoshot".. lebih kurang mcm tu la..

    BalasPadam
  2. sekarang sudah menjadi satu budaya pasangan mengupah jurugambar profesional mengambil gambar pra-perkahwinan. memberi goodie bag juga sudah menjadi satu budaya di majlis2 keramaian (dari kenduri yasinan hinggalah majlis kahwin). kadang2 tu kesian kepada yang tuan rumah yang kurang berkemampuan. kalau tak buat nanti, masyarakat sekeliling mengata, kalau buat pulak... poket sendiri yang sakit.

    BalasPadam
  3. orang yang kurang mampu pastinya berada di dalam keadaan yang serba-salah dengan kehadiran budaya baru ini (mengambil gambar pra-perkahwinan, memberi bag selepas salam kaut dsb). kalau tak buat nanti, masyarakat sekeliling mengata pulak. kalau buat, poket sendiri yang sakit. inilah dilema bakal bapak pengantin macam kawan saya sekarang ni, hingga boleh terbawa2 berselisih pendapat dengan isteri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasihat saya.... kalau mampu buatlan (anggap sebagai sedekah), dan kalau tak mampu tak payah buat... jangan pedulilah apa orang keliling nak kata. Ikutlah cara dan pesanan Nabi Muhammad saw. Orang Johor ni lain macam skit, (saya pun orang Johor gak tapi dah lama tinggal S'gor) kalau kenduri kendara hatta Hari Raya pun meriah sakan... soal kos semua tolak tepi janji meriah. Itu betul... meraikan tetamu tapi kena ada pada tempatnya jugaklah.Sekadar mampu sudahlah, jangan bajet lebih-lebih nanti sendiri susah... biasakanlah berbelanja berhemah.. Pesanan Nabi, sebaik-baik niat untuk berzuhud adalah ketika berada dalam kemewahan, maka renung-renungkanlah..

      Padam
    2. Btol anon 7:07.
      Aku org Johor tapi my daddy dah didik ilmu bersederhana & ikut Nabi saw, maka aku buat sederhana masa anak aku kawin dulu, kareoke pun tak de wlu aku mampu sewa. Bingit & lebih banyak laro.

      Aku pasang kaset nasyid aje. Tapi masa tu lagu2 Maher Zain & Lau Kana Bai Nana lum ade, klu tak cd tu le yg aku ulang2...

      Kompang tu ade le, sbb anak aku nak, klu ikutkan aku tak nak.. tapi meraikan kehendak anak, aku sewa kompang dari rumah anak2 yatim lelaki yg memang merupakan salah satu aktiviti sumber pendapatan mereka.

      Tapi ade juga adik beradik aku yg buat lebih2, apa nak buat, wlu dari benih & rahim yg sama, tapi perangai tak mestinya sama.

      Yg penting, apa peduli org kata, as long as di sisi Allah ok. Manusia ni klu buat besar2an pun depa mengata, buat kecil2 pun dikata juga.

      Tapi yg merenjis2, tabur beras, pulut semangat tu mengaruut...

      hee

      Padam

Dipersilakan komen.