Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 Oktober 2010

Dah Boleh Tempah Proton Model Baru Ganti Waja, Proton Inspira



Wah, wah, wah.....dah boleh tempah Proton baru sekarang, namanya Inspira. Nama pun cantik, macam nama anak dara. Harga bermula dari RM79,888 sehingga RM95,000, tempahan bermula hari ini di semua cawangan Proton Edar. Dengar cerita, bentuk macam Mitsubishi Lanser yang harganya menjangkau RM 120,000 sekarang ni. Tapi enjin dia entah, entah laju macam Mitsubishi entah tidak. Jangan kalah berlumba dengan Peugeot saya sudahlah.

Sebelum ni berbual dengan seorang ni, dulu pakai Waja sekarang pakai Nissan Livina. Dia kata Proton ni okey, cuma pusat servis dia saja lembab, Nissan lebih bagus. Dulu member ni ada masalah pintu, dia pergi pusat servis, ambil masa berbulan juga nak ganti. Apa-apa hal, tahniah pada Proton dengan keluaran model baru ni. Semoga dapat sambutan. Pasal pusat servis tu kenalah perbaiki, jangan sampai jadi buah mulut orang, cerita benda tak baik.

Pasal harga tu, ada sedikit tinggi juga RM 79,888 tu. Dah  dekat-dekat dengan Toyota Vios dan Honda City. Cuma saya rasa Proton ni cc lebih besar, mungkin 1.8 atau 2.0, entahlah. Yang penting Proton kena bersaing dan biar  pembeli berpuashati dengan harga yang mereka beli walaupun agak mahal juga. Saya tak belilah nampaknya, taknak memadukan Honda dan Peugeot saya, cemburu dia nanti.

4 ulasan:

  1. Salam ustaz,
    Yang saya dapat tahu ada 3 versi, 1.8 manual dan automatik dan 2.0 automatik. kira ok la sbb cc pun naik gak setaraf ngan harga.

    azmi

    BalasPadam
  2. Betul tu, kakitangan pusat service proton mesti bersikap professional dlm melayan pengguna2. Banyak dah dgr sikap kurang baik dari kakitangan pusat service proton. Tentunya org ramai akan merasa gusar hendak membeli kalau tak puas hati dgn pusat service sebab dah beli kurang2 simpan 5 thn.

    BalasPadam
  3. Salam ustaz,
    Info terbaru...
    Proton Inspira ni guna enjin
    4B-10 Mivec DOHC
    Mungkin akan tarik ramai pembeli
    golongan muda remaja yang minat
    MIVEC cam sy cuma sy tak mampu je..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.