Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

10 Oktober 2010

12 Maut Kemalangan Membabitkan Bas Expres di Lebuhraya PLUS













REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.

Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan. Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.


3 ulasan:

  1. Salam takziah kepada keluarga2 mangsa2 tragedi.

    Alahai pemandu2 bas, bila lagi nak berdisiplin dan memikir yg kamu bawa 'nyawa2 penumpang' bersama kamu! Lagak mcm pemandu F1, mmg lah penumpang naik "bas Ekspress" tapi bukan bermaksud ekspress ke alam kubur! ekspress bermaksud tidak berhenti di banyak tempat sepanjang laluan.

    BalasPadam
  2. Kelajuan membunuh.. itu sahaja yang sesuai untuk dipadankan dengan kejadian seperti ini. Saya juga pengguna kenderaan awam seperti ini.. kejadian yang berlaku adalah sebagai peringatan pada yang lain supaya lebih berhati-hati. Kenderaan awam yang membawa nyawa sepatutnya lebih berwaspada selain daripada memastikan keadaan kenderaan dalam keadaan yang baik. Mungkin disini ada yang menyalahkan pihak berkuasa kerana tiada pemantauan untuk kenderaan awam. bagaimanapun, kejadian seperti ini bermula dari jiwa pemandu itu sendiri. segalanya bermula dengan diri sendiri. tidak kira apa jua jenis kenderaan yang dipandu/ ditunggang. tepuk dada tanya iman.

    BalasPadam
  3. saya sepatut nya naek bus tu..tp alhamduliliah..naek..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.