Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

12 Oktober 2010

Adik Perempuan Dia Dah Mengandung 6 Bulan


Semalam saya pegi ke sebuah kedai, ada beli barang sikit dalam jam 3.00 petang. Masa kat situ, ada seorang lelaki, jurujual kat kedai tu dalam umur 20-an, bercakap sesuatu dengan kawan dia. Mereka tengah bincang pasal satu cerita yang menarik perhatian saya juga.

"Aku nak balik rumah kejap lagi, bapak aku suruh balik. Adik aku dah menangandung 6 bulan, lelaki pulak dah lari". Lelaki pertama.

"Habis tu macam mana ?" Tanya lelaki kedua.

"Bapak aku nak suruh report  polis. Nak report kes rogol". Kata lelaki pertama.

"Kalau aku, aku belasah sampai lembik dulu lelaki tu. Lepas tu baru buat report". Kata lelaki kedua.

Lepas tu, lelaki pertama telefon tauke dia, dan kata nak tinggalkan kedai sekejap. Tapi yang saya dengar dia cakap dalam telefon tu, dia kata nak pergi mahkamah, bukan balai polis atau balik rumah. Lepas tu, dia terus keluar dari kedai tu bawa topi keledar.

Okey, ni cerita adik perempuan dia, lelaki ni tentulah abang dia. Sebab tu, ayah dia telefon tergesa-gesa suruh dia balik. Betul ke kes rogol ? Kalau rogol takkanlah 6 bulan baru report. Kena tengok umur perempuan tu dulu,kalau bawah umur bolehlah dikira rogol. Tapi kalau adik dia tu dah lebih umur ?

Pada saya, adik dia tu dengan lelaki buat hubungan sex luar nikah suka sama suka. Sebelum ni tak pulak buat laporan kena rogol. Tapi hari ni, tak tahulah macam mana kes boleh kecoh. Mungkin mak ayah sedar dengan perubahan fizikal yang anaknya sedang mengandung. Lepas tu anak pula mengaku pada bapa dia. Atau, hari ni juga perempuan mengaku pada mak ayah dia yang dia kena rogol sebab pakwe dia tu taknak kawin dengan dia. Dan, banyak lagi andaian yang boleh berlaku.

Itulah, masa seronoh bercinta tak jaga batasan pergaulan. Mak ayah juga perlu dipersoalkan juga, sudah tanggungjawab mereka menjaga batasan pergaulan anak dara mereka. Sekarang, dah jadi macam ni, sudah kecoh satu keluarga. Siapa lagi nak dipersalahkan ?

4 ulasan:

  1. uSTAZ..Mcm mana kalau selama ni mak ayah dia dh ajar dia cukup baik,kawal prgaulan,tp terjadi jugak..salah mak ayah dia jugak ka?

    BalasPadam
  2. Mengandung luar nikah & buang anak... hanya kesan... banyak manapun prog yg kita buat, masalah tidak akan selesai selagi puncanya tidak dibenteras. Puncanya adalah zina.. sebab itu Allah larang kita hampiri zina.. cuba jalankan HUDUD

    BalasPadam
  3. Amira....bila berlaku perkara sebegini, bukan masanya untuk mencari siapa yang salah termasuk mak, ayah atau orang tu sendiri. Benda dah terjadi.

    Cuma jadi pengajaran kepada orang lain, jauhi maksiat kerana kesannya cukup mendalam.

    BalasPadam
  4. salam ziarah..

    ni pertama kali sampai sini..

    mohon izin ambil gambar ye~

    BalasPadam

Dipersilakan komen.