Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 Oktober 2010

Bapa Dia Kerjanya Kawin, Kawin, Kawin

Lelaki umur 60-an sekarang keseorangan, anaknya 7 orang semuanya tak hiraukan dia lagi. Beberapa tahun dulu isteri dia meninggal dunia, sebelum meninggal bahagialah dengan anak isteri. Tak sampai setahun isteri meninggal, lelaki ni kawin lagi satu walaupun anak-anak tak setuju dan menentang.

Jodohnya dengan janda anak 2-3, umur 40-an. Tapi perkahwinan ni tak lama dan akhirnya bercerai. Lepas bercerai tu, lelaki ni nak kawin lagi. Jodohnya dengan janda juga,umur 40-an, mungkin sebab tak berjaya usha anak dara.  Bila nak kawin ni anak-anak yang dah dewasa tu semuanya menentang lagi. Katanya bapa dia tak ada kerja lain, kerja nak kawin saja, kawin, kawin kawin.

Tapi alasan bapa dia, dia kesunyian dan tak ada teman. Anak-anak tak terfikir pulak yang anak-anak ni bukan boleh hiburkan bapa dia. Ada bab yang isteri boleh hiburkan suami yang anak-anak tak boleh hiburkan. Itu anak-anak tak fikir, yang mereka tahu, menentang saja.

Bagaimanapun, perkahwinan kali ketiga ini gagal dan berakhir dengan perceraian juga. Antara sebabnya adalah sikap anak suami yang terus menentang dan bersikap bermusuhan. Tinggallah lelaki ini berseorangan di rumah usang, tiada pekerjaan, kesihatan pun dah uzur. Anak-anak seorang pun tak  balik kampung jenguk ayah.

Kesian....inilah roda kehidupan seperti roda tayar basikal.

3 ulasan:

  1. Kolot betul fikiran anak anak pak cik ni. Bila tiba masanya, mereka akan merasa kesunyian sebagaimana dirasai bapa mereka.

    sri hartamas

    BalasPadam
  2. Entah lah...
    Hidup ini mengikut kehendak / keperluan atau keutamaan masing2, sebab itulah belum tentu apa yang kita mahu / suka itu sesuai dengan pemikiran orang lain....
    Orang lain mudah menilai luaran tanpa mengetahui dalaman - itu memang lumrah alam.
    Pilihan kita mesti lah sesuai mengikut keutamaan dan elok pada pandangan orang lain. Dalam hidup kita mesti bijak bertindak, barulah kita tidak dipandang serong/memalukan diri kita.

    BalasPadam
  3. 1) nanti bila sampai pusingan hidup yg macam roda ni barulah anak2 tu tau nasib mcm mana yg bapa dia rasa bila dia tua nanti & hidup keseorangan mcm bapa dia..
    2) di Kelantan (negeri lain pun ada juga tapi kurang masuk paper) banyak kes lelaki tua yg berseorangan macam ni yg tak dpt tahan nafsu sampai merogol cucu sendiri & kes sumbang mahram...
    3) anak2 kena memahami keperluan bapa bukan saja makan minum tetapi perasaan yg kesunyian & memerlukan teman berbicara atau mungkin bagi yg nafsunya masih steady (org lelaki kan begitu) wpun usia dah lanjut...
    4) cuba berfikir knp org2 arab di zaman Rasullullah hingga sekarang kes poligami, cerai mati, cerai hidup, org tua lelaki kawin muda, janda kaya kawin bujang dsb banyak berlaku & menjadi perkara biasa... hnya masyarakat melayu je yg taboo...
    5) mcm mana nak jadi negara maju, kalu pemikiran masih lama & tak berlaku anjakan paradigma... sedangkan semua perkara itu dibenarkan oleh hukum syarak... knp mennentang kehendak & nafsu seseorang??? benarlah cara hidup & undang2 kawin diMalaysia ni seolah2 "zina lebih mudah dari nikah yg halal"....prosedur yg susah utk poligami & penentangan anak2 yg tamak harta dsbnya menjadi sebab gejala2 ini semakin sukar dikekang...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.