Satu malam tu, Yanti dapat telefon dari kakaknya Azizah. Kakaknya tu seakan merayu pada Yanti supaya duduk saja di rumah, jaga ayahnya. Kata kakaknya lagi, dua tiga hari lagi pembantu rumah Indonesianya nak berhenti kerja dan balik Indonesia setelah 4 tahun bekerja di sini. Alasan pembantu rumahnya macam kelakar juga, katanya 4 tahun dulu dia merajuk pada suaminya yang kawin lagi satu, terus membawa diri ke perantauan.
Sekarang suaminya dah bercerai dengan isteri mudanya, maka isteri pertamanya berdetap detup jantungnya terpingin untuk pulang mengulit suaminya. Dulu ngak mahu diulit kerna udah diulit bini mudanya. Itulah kisah bibik Indon di rumah itu yang dah nak balik Indon. Nak dihalang tak boleh juga tapi keluarga ibu bapa Yanti sekarang tengah penting sangat nak jaga ayahnya.
Sebab itu Azizah merayu benar pada Yanti. Yanti pun faham, kalau perkara tu macam kecil takkanlah kakaknya sampai ke tahap merayu sebegitu. Yanti tahu, Azizah ada suami dan anak-anak, tak bolehlah nak jaga ayah seharian, datang sekejap-sekejap bolehlah. Ini semua menambahkan rasa serba salah dalam dirinya. Selama ini alasannya adalah untuk mencari ketenangan diri, sebab itu dia menjauhkan diri dengan ibu bapa.
Sekarang Yanti perlu berpuashati yang dia mencapai tahap ketenangan yang diharapkan. Dia tak boleh selamanya mengasingkan diri dengan keluarga, ayahnya sekarang sudah tidak sihat lagi. Kalau ikutkan rasa sedih dan perasaan seorang anak kesayangan bapanya, tentu Yanti turutkan saja nasihat kakaknya itu. Tapi satu masalah yang Yanti sendiri tak berani tempuh adalah masalah dengan abangnya Fuad. Yanti sudah ludah nama itu jauh-jauh dari hatinya dan tidak mengaku abang lagi. Dia taak mahu bertentang mata lagi dengan abangnya itu.
Yanti minta maaf pada kakaknya dan minta sedikit masa lagi untuk memikirkannya. Di rumah sewa Yanti pun, Yanti macam orang asing di rumah itu sebab ketiadaan kawan baiknya Nani. Esoknya, waktu makan tengahari, Yanti ke tempat kerja Nani dan makan tengahari bersama.
"Nani, perlu ke aku pindah duduk dengan mak bapak aku ?" Tanya Yanti.
"Kenapa tidak ? Aku rasa sekaranglah masa yang sesuai kau jaga ayah kau yang sakit tu. Kau anak perempuan yang belum kawin, kau saja yang boleh lakukannya berbanding adik beradik lain kau". Kata Nani, seorang pensyarah muda tu.
"Seperti yang aku cakap dulu, kau dengan abang kau tetap abang juga, walau kau gaduh sampai tahap mana pun. Aku yakin satu hari nanti kau dengan abang kau tu akan okey semula". Kata Nani lagi.
Man Burger dengan Syikin nampaknya makin intim macam kumpulan nasyid intem. Cuma Man lebih berhati-hati berkawan dengan wanita berjawatan sebegitu, Syikin cikgu berijazah dan sedang buat master. Man sedar dirinya siapa dan dia cuba mengelak untuk jatuh cinta lagi dengan gadis manis bercermin mata itu. Selesai SPM dan STPM, Man bawa Nizar ke JB untuk bantunya niaga burger sementara tunggu keputusan periksa. Syira pula, Man suruh jaga mak ayah di kampung dan bayar gaji juga pada Syira.
Jadi, lama kelamaan hubungan Man dan Syikin itu tidak jadi rahsia lagi pada Nizar. Nizar pula yang tak pandai rahsia tu, ceritakanlah pulak pada maknya dan Syira di kampung.
"Man selalu keluar dengan Cikgu Syikin ?" Tanya mak Man pada Nizar pada satu hari Nizar balik kampung.
Tapi mak Man tak kata apa-apa pun bila Nizar mengiyakan soalan itu. Seolah-olah macam tak berapa layan sangat cakap Nizar tu. Dalam bilik, Syira tanya panjang lebar dengan Nizar mengenai hubungan Man dengan Cikgu Syikin.
"Betul ke Man selalu keluar naik kereta dengan Cikgu Syikin ?" Tanya Syira nakkan kepastian.
"Sumpah kak... Abang Man selalu naik kereta berdua termasuk hantar dan jemput Cikgu Syikin ke universiti. Sampai gerai burger pun sekarang Man dah jarang. Nizar dan Aboi saja yang niaga hari Jumaat, Sabtu, Ahad". Kata Nizar.
Syira seakan tidak percaya lagi kata-kata Nizar tu walaupun dia tahu adiknya itu tak pernah menipu. Malam tu Syira merenung hadiah pemberian Yanti yang masih belum diserahkan pada Man tu. Syira sendiri tak berapa pasti apakah isi hadiah dalam tu tapi Syira dapat agak yang itu hadiah istimewa. Syira seakan hendak saja telefon Cikgu Syikin, nak marah dan tengking supaya jangan ganggu abangnya itu. Tapi sekali fikir lagi, macam tak patut. Cikgu Syikin cikgu kesayangannya, yang dia hormat, takkanlah dia nak buat begitu.
Syira mula rasa Man tak setia dah dengan Yanti. Syira simpan dendam kesumat pada Man, tunggu Man balik kampung, nak saja Syira tanya soalan cepu emas tu. Syira dah bersedia, kalau Man kata dia ada hubungan istimewa dengan Cikgu Syikin, macam Syira nak lepaskan saja peluru M16 pada Man.
Satu hari tu Cikgu Syikin telefon Syira, katanya nak datang rumah Syira. Kemudian Cikgu Syikin datang dan nak minta jadi guru ganti di sekolah lama Syira. Syira mulanya macam nak tolak tapi mengenangkan gaji yang baik juga dan dia pun tak buat apa kerja di rumah, Syira terima. Macam tak percaya, Syira dulu pelajar di situ, tak berapa lama, jadi guru pula,mengajar tingkatan satu dan dua. Syira semakin rapat dengan Cikgu Syikin di sekolah hingga Syira lupa perasaan marah dan nak tahu cerita hubungan Cikgu Syikin dan Man.
Yanti masih tinggal di rumah sewa tetapi sudah berazam untuk tinggal di rumah ibu bapanya beberapa hari lagi sehingga hujung bulan. Satu hari tu, sebelah malam, Yanti dapat panggilan telefon dari kakaknya Azizah. Kakaknya agak cemas bercampur gabra dan sedih.
"Yanti... Yanti, ada berita Yanti, cerita mengejutkan, Yanti" Kata Azizah.
"Kak, berita apa kak ? Berita apa ? Abah ?" Tanya Yanti.
"Bukan abah Yanti, Abang Fuad." Kata Azizah.
"Kenapa pula dengan Fuad ?". Tanya Yanti, dia semakin penuh dengan tandatanya.
"Yanti tunggu kat rumah. Kejap lagi kakak sampai, nak tengok Fuad di Bentong. Mungkin di Balai Polis atau di hospital Bentong. Tunggu, kejap lagi kakak datang rumah kau" Kata Azizah.
"Kenapa ? Apa berlaku kak ?" Tanya Yanti.
Apa yang berlaku pada Fuad ? Bagaimana kisah selanjutnya ? Pasti mengejutkan. Masih jadi tandatanya yang besar pada Yanti.
...BERSAMBUNG KE EPISOD 46
http://kadikluang.blogspot.com/2010/10/sudah-nasibku-mat-burger-episod-46.html
Kawan pernah mengikuti salah satu ceramah Tuan, setiap kali Tuan cerita pasti tuan akan tarik mood hadirin untuk tahu cerita selanjutnya. Serupa juga dalam cerita "Man Burger" ni, pasti Tuan akan tarik cerita tu supaya pembaca akan tertanya-tanya apa akan berlaku seterusnya. Salah satu kaedah untuk tarik peminat bersiri "Man Burger"
BalasPadam-OrAng KampungKu-
suspen.... panjang tol citer ni... tiap2 hari x sabar nak tunggu episod seterusnya.....
BalasPadamsalam ustaz.. suspend nieh.. :D
BalasPadamaduh...da berjam2 duk baca kisah ni,smpi kuar air mata,tetibe benti smpi cni jer...ustaz,bile nk smbung?xsabar nk tgu kesudahan cter ni...kalo x sia2 jela air mata sy yg berjurai2 kuar ni...
BalasPadam