Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 Ogos 2011

Penyanyi 60-an, Hasnah Haron Meninggal Dunia Awal Ramadhan

Penyanyi popular lewat tahun 60-an, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia akibat penyakit kanser pangkal rahim di Hospital Sultan Ismail, di sini kira-kira pukul 8 pagi tadi. Jenazah Hasnah yang popular dengan lagu-lagu seperti Bersedih, Sabar Menanti dan Siti Zubaidah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, di sini selepas Solat Asar.

Setahu saya, setiap Ramadhan keluarga arwah ada berniaga di bazar Ramadhan di Bandar Baru Uda. Menu paling sedap adalah 'Laksa Johor Hasnah Haron' yang saya selalu beli. Di samping itu ada juga juadah lain yang enak. Sebelum ini, beberapa tahun dulu, arwah ada buka kedai makan di perkarangan rumahnya di Bandar Baru Uda.

1 ulasan:

Dipersilakan komen.