Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

15 Ogos 2011

Senarai Jenis Kopi Beracun dan Berbahaya

Sebuah akhbar harian hari ini cerita pasal kopi beracun yang dijual secara terbuka di pasaran. Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Antara 40 jenis kopi yang dimaksudkan berdasarkan laporan akhbar berkenaan adalah :
  • Cafe Abang Yes,
  • Candi Gold,
  • Candy 193,
  • Extend Up Energy Drink,
  • Extremen,
  • Extrewomen,
  • Goji Guarana,
  • Goji Guarana Extra,
  • Goji More,
  • Goji Yumberry,
  • Guara Cafe,
  • HBW Ice Lemon Tea,
  • Hotton Vitality Candy,
  • Ie2 O,
  • King Cappucino,
  • Knight Cofee.
  • Kolek Cafe Power Plus,
  • Kopi Angguk,
  • Kopi Asmara,
  • Kopi Bagus AAA,
  • Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
  • Kopi Pahlawan,
  • Kopi Super Angguk,
  • Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
  • Maca Max, Macagin Ginseng Candy,
  • Mentalk Candy,
  • Nexus MXP,
  • Night Cafe,
  • Red Energizer Candy For Men,
  • Royal Beverage Maqrifatun,
  • sasanergy Drink,
  • Trica Jus,
  • Tri-Max,
  • True SR,
  • vigor Candy,
  • Vitca-F,
  • Vitca-M,
  • Winnie Beauty V1,
  • XKL Sky Fruit Juice Premix.

5 ulasan:

  1. Terima kasih, maklumat yang berguna. Untuk makluman, jenis kopi ini sudah bertahun-tahun dijual di kedai-kedai dengan bebas. Ada yang dah lebih 7-8 tahun yang saya tahu. Tapi kenapa pihak berkuasa lambat bertindak ?

    BalasPadam
  2. nak tunggu orang report dulu baru nak bertindak kot. kalau dah pasti jenama mcm ni, publish je besar2 dlm akhbar, biar orang2 kampung/bandar/ felda semua baca. yang berkenaan, buat la kajian & serbuan, kasi kaw2 punya, biar syarikat2 pengeluar ni lumpuh. Ini tak, semalam kena serbu/rampas, hari ni masih jual mcm biasa, cuma tukar je packaging baru (nama baru).

    BalasPadam
  3. nasib baik xminum kopi goji. kat sini byk jugak blh dpt paket kopi tu...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.