Zihan rupanya mengandung 1-2 bulan dan telah keguguran, 3 hari ditahan di hospital. Selepas sihat, mereka memulakan hidup baru sebagai suami isteri dan hidup mereka bahagia seterusnya memulakan kerja semula di JB. Setahun selepas itu, Zaid menawarkan mereka untuk berniaga di kantin kilang. Ini satu peluang keemasan untuk mula bertapak dalam perniagaan makanan, seterusnya berhenti kerja untuk menumpukan kepada perniagaannya.
Sekarang, sudah hampir 8 tahun berlaku, mereka sudah punyai 3 cahaya mata. Sekarang sudah menyewa sebuah restoran dengan modal 100,000 di JB selepas melepaskan perniagaannya di kantin kilang itu. Selain itu, mereka sudah ada rumah sendiri yang di JB dan 2 biji kereta dan satu van. Zaid tetap menjadi sahabatnya waktu susah dan senang di JB. Pahit getir dan liku-liku hidup mereka di bandaraya JB diharungi bersama.
Kisah 8 tahun dulu sentiasa diingati, dulu betapa sukarnya untuk adakan 10,000, sekarang dia dah berjaya dalam perniagaan restorannya. Kisah silam itu memotivasikan dirinya, supaya lebih berjimat cermat dan berusaha mencapai kejayaan. Tidak semestinya orang yang belajar tinggi-tinggi saja berjaya dalam perniagaan, semua orang boleh kalau berusaha dan berjaya. Satu lagi, Harun tak mahu anak-anaknya jadi seperti kisah ibu dan bapanya dulu yang menerima penghinaan yang cukup hebat sewaktu memulakan kehidupan berumahtangga..
Selesailah kes ini
Mengenangkan kembali kes ini yang berlaku 8 tahun dulu, Ustaz Khalil bersyukur kerana kes ini selesai dengan jayanya. Kes ini tetap dikenang kerana banyak pengajarannya. Berjaya bukan bermakna sampai ke peringkat pendakwaan, tapi penyelesaian yang baik bagi semua pihak.
Ustaz Khalil kenangkan kembali kisah ini, terutama hari pernikahan yang sebenar itu di masjid. Hari pernikahan itu, malam itu dia operasi kelab malam di JB sampai jam 3.30 pagi. Pagi esoknya dalam jam 8.00 dalam perjalanan ke pejabat, pak imam telefonnya yang borang kebenaran kahwin ada masalah sikit. Dia bukan berhasrat untuk ke daerah itu tetapi kerana keperluan yang sangat penting, dia pergi juga. Ustaz Khalil bergegas ke daerah berkenaan lebih 100km jauhnya untuk selesaikan masalah rumahtangga Harun dan Zihan ini.
Tidak Kecil Hati
Tapi percayalah, sebagai penguatkuasa, dia tidak mengharapkan semua itu. Biar ada orang yang mencemuh, salah anggap, benci atau bermusuh, dia tetap ada pendirian. Pendirian inilah yang perlu kepada penguatkuasa dan semua orang yang menjalankan amanah sebagai pemikul dan pelaksana undang-undang. Tidak kiralah undang-undang agama atau undang-undang lain, pelaksana undang-undang itu seharusnya menjiwainya.
Sebagai pengatkuasa, jarang mendapat pujian walaupun banyak membantu mencapai kejayaan yang super hebat. Sebaliknya, kalau ada satu dua kesilapan, masyarakat akan buka mata dan memperlekehkan penguatkuasa walaupun kesilapan itu bukan disengajakan. Sebagai penguatkuasa, selalu terdedah dengan risiko ini kerana bertugas menguatkuasakan undang-undang dan berhadapan dengan orang awam yang perlbagai latarbelakang.
Ustaz Khalil ke rumah jurunikah palsu tetapi tidak ada di rumah waktu itu. Disampaikan surat panggilan pada isterinya. Rupanya pak imam tu takut dan menyorok di kebun durian pula.
Waktu berada di kampung itu, diberitakan yang bapa perempuan baru saja meninggal dunia. Secara kebetulan saja Ustaz Khalil sudah berada di kampung itu, teruskan bersolat jenazah di masjid. Selepas bapa perempuan meninggal dunia, Ustaz Khalil terus menjalankan siasatan pada semua aspek dan individu, maka kenallah dengan dengan pak imam jurunikah sebenarnya dan sedara mara perempuan.
Biarlah Rahsia
Siapa sebenarnya pengadu, Ustaz Khalil tetap rahsiakan. Sepatah kata penyanyi Siti Norhaliza 'biarlah rahsia'. Sama ada pengadu itu masih hidup atau sudah meninggal dunia, itu juga 'biarlah rahsia.' Pada Ustaz Khalil, kalau identiti pengadu didedahkan, nanti boleh mewujudkan perasaan balas dendam, marah, permusuhan dan sebagainya. Jadi lebih baik terus dirahsiakan.
Kita boleh nilai sendiri siapa pengadu. Harap tidak ada yang kecewa dan terima kasih kerana menjadi pembaca setia kisah ini.
Siapa Pengadu ?
Jawapannya di :
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-siapa-pengadu-sehingga.html
Ini adalah episod terakhir. Elok baca dari episod 1.
http://kadikluang.blogspot.com/2010/03/bapa-paksa-hantaran-rm-10000-episod-1.html (Episod 1)
alhamdulillah.....akhirnya semua bjalan dgn baik n selamat.......tahniah kepada ustaz kerana berjaya myelesaikan masalah ini walaupun tanpa sebarang balasan......hanya Tuhan sahaja yg akan membalasnya........insyaallah..
BalasPadamalhamdu lILLAH, dlm dunia manusia mmg saling memerlukan antara satu sama lain, yg berilmu bantu yg jahil, yg kaya bantu yg miskin, yg kuat bantu yg lemah, yg beriman kena sebarkan keimanan, tak kira la dia orang awam atau apatah lagi alim ulama. keredhaan ALLAH matlamat kita.
BalasPadamalhamdulillah..thanks ustaz..cerita ni sbnrnya byk pengajaran yang blh di jadikan iktibar..saya seronok membaca nye.. setiap kesusahn yang dilalui dgn sabar pasti akan dikurniakn kenikmatan oleh Allah...
BalasPadamsemoga saya dn suami tabah menjalani hidup ini..amin
Sangat menarik kisah ini ustaz. Banyak pengajarannya.
BalasPadamsalam ustaz,crita nie mcm movie plak...kalau buat drama dan siarkan rasanya mahu tinggi gak rating nie. hehehe
BalasPadamAkhirnya... next movie ustaz....
BalasPadamalhamdulillah... semuanya berakhir dgn baik. cerita ini adalah satu pengajaran pada semua.
BalasPadamsalam...tiap2 ari bukak blog nak tggu next episode...skang da puas hati
BalasPadamSyukur, akhirnya selesai juga ceritanya. Semuga kita semua mendapat pengajaran dan iktibar dari cerita ini. Tahniah juga kepada ustaz.
BalasPadamNanti tulis lah blog Novel yang lain pula ye...
Assalamualaikum ustaz..sebenarnya saya baru tahu kewujudan blog ustaz ni..dalam dok jejalan blog ke blog..terjumpa blog ustaz..menarik nye kisah 'Hantaran 10000'..saya habis kan membaca kisah ni satu hari..tahniah buat ustaz dan sahabat2..Mmg betul, bukan pujian yang kita harapkan..tapi,tanggungjawab dan amanah Allah itu yg penting..Semoga usaha ustaz dan sahabat2 mdapat keredhaan dan keberkatan dari Allah..
BalasPadamAkhirnya.....
BalasPadamTak sangka dari permulaan hidupnya susah payah...berkat usaha boleh mencapai kejayaan...respek kat suami dan isteri dalam kisah nie.....
BalasPadamAssalamualaikum ustaz,
BalasPadamcerita ini banyak memberi pengajaran dan iktibar kepada semua....Tahniah kepada ustaz kerana dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik. Kepada pasangan lelaki dan perempuan, sesungguhnye kamu adalah pasangan yang tabah...semoga bahgia sehingga keakhir hayat....
ustaz,sy sgt trnanti2 episod akhr dn bgaimna ksudahannya..alhmdulillah..smuanya happy ending..byk pgjran drpd kisah ini..thniah kpd ustaz,smga ustaz lbh brjya dn maju pd ms akn dtg..insyaAllah..
BalasPadamAlhamdulillah, kesudahan yg indah. masalah hantaran tinggi & nak buat kawin grand ni, masalah adat melayu. jgn mati adat, biar mati anak. ramai yg tangguh kawin, akhirnya terjerumus ke lembah hina, sampai ada anak luar nikah, sampai ada yg buang anak. sedih...
BalasPadammoral of story: kepada mak bapak pengantin jangan lah membebankan anak menantu dengan hantaran yg tinggi cukuplah sekadar termampu dipersetujui oleh kedua-dua pihak..yg penting restuilah.
BalasPadamsifat kesabaran ketabahan dan bertanggungjawab dalam diri adalah nilai yang dibayar untuk menjanjikan kebahagian keberkatan dalam kehidupan serta akhirat dan juga menilai siapa yang benar-benar jujur dan ikhlas jalinan persabahatan dalam apa jua keadaan yang berlaku. Semoga dengan terbitnya kisah ini akan memberi iktibar dan pengajaran untuk mereka-mereka di luar sana. Semoga ustaz & sahabat diberikan keredhaan keberkatan dariNya..aminn. Tahniah! ;)
sape pengadu
BalasPadam.........terima kasih ustaz krn trbaca cerpen ini...Assallamuallaikum!
BalasPadamSalam ustaz,.trharu bc cite zihan Dan harun ni,,pengadu nya arwah ayah zihan lah,,dia je tau lokasi umah dialog,.
BalasPadam*salah taip,umah diaorg ..
BalasPadambgs cerita nie..pengajarannya,pihak lelaki mahupun prempuan patut mendalami hukum agama,,jgn di biar kn perasaan was2 berlalu begitu sahaja.n jgn amik mudah hal2 kawen nie..cthnye,mgenai sijil nikah tersebut.kalo kurang ilmu,tu yg mudah d tipu.
BalasPadamkesabaran pihak suami isteri jugak blh d jadi kan iktibar..x semua psgn yg mampu hadapi kesusahan bersama2..