Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

15 April 2010

Hantaran 10,000 : Mentari Merah di Ufuk Timur (Episod 20)

Esoknya, ibu Harun kejut seawal pagi sebelum subuh lagi. Ibunya masak nasi, macam nak jalan jauh jer, maklumlah orang tua, selalu susah-susah masak kalau nak gi jalan. Rumah Zihan taklah begitu jauh, sekitar 30 km jer. Bangun tidur, lelaki baru terfikir, nak pergi ke sana naik apa ? Takkan pengantin nak naik moto jer.

Bila ditanya pada maknya, kata naik moto dengan bapanya pun boleh, tak ada salahnya. Jam 7.30 pagi, maknya dah suruh makan nasi lauk ikan goreng dan tempe, makanlah juga mak dah suruh walaupun dia biasa sarapan lewat. Jam 8.00 pagi, mak dan ayah dia dah nak gerak, katanya takut hujan, maka mak dan ayah dia jalan dulu.

Harun baru teringat baju tak gosok. Bila dibuka baju dan seluar melayu dari dalam beg, nampak macam tak renyuk sangat, maka tak payah gosok pun tak apa. Sekali fikir, kalau gosok pun, nanti naik moto nanti renyuk juga. Pagi tu terfikir juga nak telefon isteri dia ke tak. Sekali fikir lebih baik tak payah, teringat semalam, tiba-tiba jer isteri dia naik angin.

Jadi malaslah nak cari gaduh pagi-pagi ni. Zihan pun tak telefon pun, senyap jer, mesti sibuk ler tu. Jam 9.00 lelaki gerak seorang diri, pakai baju melayu, sampin belum pakai, ada terlipat dalam beg. Lebih kurang 9.30 pagi, sampailah di masjid kampung Zihan. Nampaknya sunyi saja tak ada orang kecuali ibu dan bapanya.

Dalam menunggu tu, dia cuba ingat semula yang hari ni Ustaz Khalil suruh datang untuk nikah. Semua urusan dah dibereskan, jadi dia tak sedia apa-apa pun. Dia mula ingat semula lafaz ijab dan qabul nikah.

"Aku terima nikah.... dengan maskahwinnya 22.50 tunaiii".

Bila diseluk poketnya, adalah duit 23.00, duit siling tak ada, kira boleh ler tu. Kemudian jantung dia berdebar bila teringat Ustaz Khalil kata, hantaran hari ini sejuta ringgit walaupun itu semua lawak saja. Lawak-lawak juga, tapi pada dia sebut saja pasal hantaran, jantungnya berdebar sebab hantaran 10,000 dulu itulah menyebabkan hidup dia tidak menentu. Dia rasa hari ini adalah nokhtah dan penamat kepada kesusahan yang ditanggung. Dia pasti, jam 10.30 nanti, kesusahan yang ditanggungnya selama ini akan berakhir. Dia berjanji nak bina sebuah rumahtangga yang bahagia.

Hampir jam 10.30 Zihan datang bersama ibu dan adik beradik dan ahli keluarga lain termasuk wali. Hatinya gembira, menunjukkan apa yang Ustaz Khalil kata itu adalah betul, bukan cubaan. Tak lama kemudian, kawannya Zaid sampai dari JB bersama isteri dan anak-anak. Hati Harun gembira kerana hari bahagia ini akan disambut dengan kehadiran kawan baik yang banyak menolongnya.

Bagaimanapun, jam sudah 10.45, pak imam tak muncul-muncul. Kemudian jam 11.00 pagi, pak imam terus tak dengar berita. Dia mula curiga dan gelisah. Harun  tanya pada Zihan.

"Mana pak imam ? Dah lama tunggu ni ". Tanya Harun.

Zihan tak jawab dan cuma mengeleng kepala tanda tak tahu. Oleh kerana gelisah dan fikir yang bukan-bukan, lelaki telefon Ustaz Razali di JB.

"Ustaz. Dah lama saya tunggu di masjid ni, tapi tak ada apa-apa, pak imam tak muncul-muncul."

"Yer ke.... Saya tak tahu semua ni, nanti saya tanya Ustaz Khalil ." Ustaz Razali.

Razali telefon Ustaz Khalil beberapa kali tapi tak jawab. Hari itu Ustaz Khalil tak ada di pejabat, ada tugas luar, tak tahu ke mana. Ustaz Razali juga susah hati dan serba salah juga. Terfikir juga, adakah ini semua lakonan Ustaz Khalil, bos dia yang sukar dibaca perancangannya. Bos dia ni orang yang menjiwai ilmu perisikan yang dipejarinya dan selalu menyimpan rahsia. Selalu bertindak dalam senyap dan kesannya mendalam.

Pernah beberapa kes sebelum ini, Ustaz Khalil cuba buat satu arahan sehingga orang itu ikut, tapi rupa-rupanya lakonan untuk memerangkap seseorang dalam kes ajaran sesat. Terlintas juga di fikiran Ustaz Razali, adakah Ustaz Khalil berlakon kali ini, kalau lakonan, adakah perlu dengan cara ini ? Rasanya tak mungkin. Kemudian lelaki itu sekali lagi telefon Ustaz Razali.

"Ustaz. Apa kata Ustaz Khalil ?". Tanya Harun.

"Maaflah... Ustaz Khalil ada tugas luar, saya tak dapat telefon dia. Tapi saya rasa, kamu tunggu sajalah dulu, jangan pergi mana-mana. Manalah tahu kalau ada kelewatan sikit". Kata Ustaz Razali

Harun tunggu dengan cemas, sekarang dah jam 11.30, tak ada apa-apa berita pun dekat sini. Tapi semua boleh sabar lagi, boleh tunggu sehingga masuk zohor pukul 1 nanti agaknya. Penantian itu satu penyiksaan dan satu penderaan fizikal dan mental. Apalah nasib mereka ? Kenapa begini nasib yang menimpanya, lepas satu, satu masalah yang mendatang. Tak sabar menunggu, dia sms Ustaz Razali.

"Ustaz. Saya masih menunggu. Doakan kebahagian kami sekeluarga, ustaz."

2 ulasan:

  1. Eeeeee... Cerita ustaz ni tak habis-habis buat orang suspen giler.
    ....Mira

    BalasPadam
  2. astagfirullahalhazim....naperlah ada sambungan lg.......

    BalasPadam

Dipersilakan komen.