Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

12 April 2010

Hantaran 10,000: Diriku Pasrah (Episod 17)

Untuk kepastian, petang itu Harun telefon Ustaz Razali dalam jam 6.00 petang. Bukan apa, cuma nak tahu, untuk apa Ustaz Khalil nak jumpa.

"Ustaz. Boleh saya tahu kenapa Ustaz Khalil nak jumpa saya pagi esok?" Kata Harun.

"Itu saya tak tahu. Saya cuma mengikut arahan memberitahu kamu." Kata Ust Razali.

"Ustaz. Adakah saya akan didakwa esok ?". Tanya Harun.

"Itu pun saya tak tahu. Tapi saya rasa tak. Kalau didakwa, tentu kamu dipanggil berdua. Ni panggil kamu seorang saja.". Kata Razali.

"Ustaz. Saya sebenarnya takut berdepan dengan Ustaz Khali.". Jelas Harun.

"Saya harap kamu datang, kamu pun dalam jaminan. Dalam tempoh jaminan kalau dipanggil bila-bila masa kamu mesti lapangkan masa, kalau tak nanti buruk akibatnya". Kata Ust Razali.

"Yer, saya faham Ustaz. Tapi untuk apa, lagi pun saya dan keluarga dalam kesedihan, Ustaz Khalil tak fikir ke semua ini ? Kenapa tak tunggu kesedihan kami berakhir dulu". Kata Harun.

"Kamu datang sajalah esok, tanya sendiri dengan Ustaz Khalil. Saya pun ada di pejabat esok. Jangan risau. Saya rasa tak ada apa-apa yang dirisaukan". Kata Razali.

Harun akur juga dan bertolak dari kampung jam 8.00 malam naik motosikal. Zihan masih cuti di rumah ibu perempuan. Sepanjang perjalanan melalui lebuhraya, fikirannya bercelaru. Kemudian dia berhenti sekejap di hentian rehat Simpang Renggan dan menelefon kawannya, Zaid.

"Zaid, Ustaz Khalil nak jumpa aku esok 8.30 pagi, aku takut Zaid". Kata Razali.

"Ohh yer ke....Kenapa takut ? Datang sajalah, eangkaukan cuti lagi". Kata Zaid.

"Cakap memang senang Zaid. Aku rasa Ustaz Khalil nak kenakan aku dan nak hancurkan rumahtangga aku dan dia tak mahu tengok kami bahagia". Kata Harun.

"Engkau cakap biar elok sikit Zaid. Jangan tuduh orang tak tentu pasal, apa dia dah buat pada engkau ?". Kata Zaid.

"Yer le Zaid. Janji 2 minggu tempoh jaminan, tapi baru 2-3 hari, panggil pulak. Ini semua nak menzalimi aku dan isteri aku. Kenapa tak tunggu 2 minggu saja". Kata Harun.

"Rilek dulu. Ustaz Khalil tu aku kenal. Aku dah selalu berurusan dengan JAIJ. Dulu  ada juga pekerja kilang kita kena cekup khalwat dan aku yang uruskan sampai selesai. Aku tengok dia tu ok jer, walaupun tak kenal rapat sangat". Kata Zaid.

"Aku tak tahulah sekarang Zaid. Pemikiran aku bercelaru, makan minum aku pun dah tak menentu." Kata Harun.

"Engkau jangan ikutkan perasaan sangat, kesihatan kena jaga.  Ok takper, esok aku ikut sama kau pergi pejabat JAIJ, aku teman kau. Aku akan beritahu Ustaz Khalil yang engkau pekerja kilang aku. Nanti aku bawak rekod kerja kau. Kalau boleh masa jumpa tu, aku nak ada sama". Kata Zaid.

"Kalau gitu bagus sangatlah. Paling kurang aku berani sikit esok". Kata Harun.

Dia sampai ke JB dalam jam 10.00 malam, balik rumah terus tidur. Kemudian baru dia sedar yang Zihan sms, memesan supaya bawak beberapa pakaian ke kampung bila balik esok. Tapi  tak layan dan tak balas sms itu, orang tengah risau, sms pulak pasal pakaian. Patutnya, berilah kata-kata semangat dan peransang untuk esok.

Esok jam 8.30 dia hadir bersama Zaid dan kawan Zaid yang Peguam Mansor. Peguam tu tak pakai tali leher dan baju kot, baju lengan panjang biasa jer supaya orang di situ tak mengenalinya. Tak lama selepas duduk di kerusi, kemudian nama Harun dipanggil oleh Ustaz Razali untuk masuk jumpa Ustaz Khalil. Zaid pada mulanya nak masuk sama tapi tidak dibenarkan.

"Saya Zaid, ini kad saya. Saya pegawai HR di kilang ini dan ini pekerja saya. Kalau boleh, saya nak masuk sama". Kata Zaid.

"Minta maaf Encik Zaid, Ustaz Khalil nak jumpa dia seorang saja buat masa ini". Ustaz Razali.

"Ok. Kalau saya tak boleh, minta kebenaran peguam saya masuk, yang duduk di kerusi itu peguam panel kilang kami.". Tegas Zaid sambil memandang ke arah Peguam Mansor.

"Minta maaf. Ustaz Khalil nak jumpa dia seorang saja. Saya mengikut arahan saja. Maafkan saya". Kata Razali.

Zaid seolah oleh kecewa juga kerana hasratnya nak masuk sama tidak dibenarkan. Zaid tunggu di luar saja bersama peguam itu. Kemudian peguam Mansor menenangkan.

"Zaid.... Saya rasa pada peringkat ini tak ada keperluan kita nak jumpa Ustaz Khalil. Kecuali bila ada apa-apa keputusan nak dakwa nanti, barulah peguam boleh mainkan peranan." Kata Mansor.

Mansor rilek saja, dia peguam, dia tahu undang-undang yang orang yang tidak terlibat dalam kes tidak boleh mengganggu proses siasatan. Cuma Zaid yang agak emosi, mungkin kerana nak ambil hati kawannya yang dalam kesusahan itu.

Masuk di dalam bilik siasatan, Harun berbual-bual dengan Ustaz Razali sementara tunggu Ustaz Khalil masuk ke bilik siasatan itu. Tak lama kemudian Ustaz Khalil masuk, mukanya memang tak senyum, menambahkan debaran di dada Harun. Adakah Ustaz Khalil hendak menyampaikan keputusan pendakwa pada hari itu ? Adakah dia akan dituduh ke mahkamah ? Harun menanti dengan penuh debaran. Masa itu, macam nak terkencing walaupun baru lepas buang air tadi.

7 ulasan:

  1. Kalau ditanya panjang ke pendik lagi cerita ni, saya pun kurang pasti. Sebab cerita yang berikutnya saya belum tulis. Tapi saya rasa dah nak sampai ke penghujungnya.

    BalasPadam
  2. ADUH..... SUSPENNYA.APALAH NASIB SILELAKI TU KAN.

    BalasPadam
  3. cerita ni hebat ustaz..sy follow dari awal..

    BalasPadam
  4. dah boleh buat drama bersiri nih...

    BalasPadam
  5. Ustaz...

    Betul punya saspen ni...

    Memang pandai ustaz menulis

    Jika menulis novel pun saya rasa insya Allah

    Novel akan laris

    Suspense...

    BalasPadam
  6. lagi suspen lagi best ...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.