Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

06 April 2010

Hantaran 10,000: Musang Berbulu Ayam (Episod 12)

Harun dan Zihan menunggu di kerusi luar selepas siasatan tadi. Lama juga mereka kena tunggu dan sempat juga mereka makan tengahari di kantin pejabat. Mereka tertanya-tanya, apakah tindakan penguatkuasa selepas ini.

"Siapa sebenarnya yang buat aduan kes ini yer, bang?" Tanya Zihan.

"Tak tahulah, tapi saya rasa ayah awak yang mengadu". Kata Harun.

"Yer, saya pun fikir begitu juga. Tapi bagaimana kita nak dapatkan kepastian yer. Saya tak sangka ayah saya buat kita sebegini. Memang sebelum ini ayah ada telefon, kata nak rosakkan rumahtangga kita". Kata Zihan.

"Tak per, nanti kita tanya penguatkuasa, siapa yang mengadu". Kata Harun.

Harun kemudian pergi ke kaunter untuk bertanya sesuatu dengan penguatkuasa Razali.

"Ustaz, bagaimana dengan kes saya ni? Lama lagi ke patut saya tunggu. Saya masuk kerja jam 5.00 petang, sempat ker ?". Kata Harun.

"Kes kamu belum tahu lagi. Apa-apa hal sila sediakan penjamin, mungkin kamu dibenarkan jamin kalau siasatan kes ditangguhkan. Saya sedang tunggu arahan dari Penolong Pengarah saya, Ustaz Khalil". Kata Razali.

"Ustaz, boleh ker saya tanya sesuatu yang agak sulit  sikit?". Kata Harun.

"Sulit ? Sulit apa ?". Tanya Razali yang sedikit terkejut dengan soalan tu.

"Siapa yang mengadu sampai kami kena tangkap ?". Tanya Harun lagi.

"Ohhh itu saya tak tahu. Lagi pun maklumat pengadu ni sulit, tak boleh beritahu sesiapa. Lagi pun saya memang tak tahu". Razali.

"Tolonglah Ustaz, sebab saya rasa orang dalam keluarga saya yang mengadu. Betul ke Ustaz ?". Desak Harun lagi.

"Macammana saya nak beritahu kamu, saya pun tak kenal dan tak tahu. Penguatkuasa cuma dapat arahan dari pegawai atasan untuk menangkap. Saya pun menyiasat kamu sebab diarahkan". Kata Razali.

"Ok. terima kasih Ustaz. mengenai penjamin tu, nanti saya telefon penjamin". Kata Harun.

Di dalam pejabat, penguatkuasa Razali masuk ke bilik Penolong Pengarah Ustaz Khalil dengan membawa fail siasatan yang agak lengkap.

"Tuan, saya nak serahkan fail ini untuk disemak". Kata Razali. Kemudian dia duduk di kerusi, menunggu Ustaz Khalil untuk menyelak fail dan menyemak satu persatu.

"Razali, kamu kenal siapa pengadu kes ini ?" Tanya Ustaz Khalil.

"Tak kenal tuan, saya rasa tuan lebih kenal sebab tuan yang merekodkan aduan tersebut. Tuan, tadi OKT tanya siapa pengadu tapi saya tak beritahu, memang tak boleh beritahu pun". Kata Razali.

"Yer, baguslah kamu tak kenal. Kamu penyiasat, tumpukan kerja penyiasat. Cuma saya nak tangguhkan merujuk kes ini kepada pendakwa, tak jadi petang ni. Saya nak siasat pengadu kes ini.". Kata Khalil.

"Adakah saya yang kena siasat pengadu tu, pengadu tu tinggal di mana tuan?". Tanya Razali.

"Pengadu ni biar saya yang siasat sendiri atau saya akan arahkan penyiasat lain. Saya nak jaga kerahsiaan pengadu". Kata Khalil.

"Baik tuan, bagaimana dengan siasatan kes ini, adakah sudah lengkap untuk jumpa pendakwa Syarie untuk tuduh kesalahan khalwat ?" Tanya Razali.

"Saya rasa dah lengkap, cuma saya ada bimbang kalau dia tak mengaku salah sebab kenyataan dia tetap mengaku dia dah kahwin". Kata Khalil.

"Ok. Buat masa ni, tangguhkan kes dalam 2 minggu, minta dia cari penjamin. Mintak pasangan ini jangan duduk serumah lagi, nanti boleh  kena tangkap lagi kalau orang mengadu". Kata Khalil

Kemudian, dalam jam 2.00 petang, pasangan itu dibenarkan pulang. Zaid, kawan baik dia yang satu kilang itu datang bersama seorang kawannya untuk menjamin. Mereka dikehendaki datang semula 2 minggu lagi ke pejabat penguatkuasa JAIJ.
BERSAMBUNG KE EPISOD 13
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-kahwin-pondok-pondok.html

8 ulasan:

  1. Aduhhh...Sambung lagi. Cerita ni boleh dapat anugerah terbaik dan boleh dibuat filem. Tuan kadi jadi pelakon utama hehehhe.
    ...Mira

    BalasPadam
  2. Dahsyat la cerita nie.. mmg boleh buat movie huhuhu.. x sabar nak tunggu episode seterusmya..

    BalasPadam
  3. Hmm.... hantaran mahal kan? Lalu kahwin senyap2?...

    BalasPadam
  4. Memang best la citer ni.... buat filem mesti tip top

    BalasPadam
  5. confirm bapak mentua lelaki tu yg adu..huhu..saspen tul le citer ni... kalah titanic ni...penh misteri

    BalasPadam
  6. Tuan, adakah kisah ini berdasarkan cerita benar atau rekaan semata-mata

    BalasPadam
  7. Mat... saya taknak beritahu ini kisah benar atau rekaan. Tapi kita fikir sendiri, takkan lah saya nak mereka-reka cerita yang tak ada asas sama sekali.

    BalasPadam
  8. mmg bapak dia yang ngadu..lgpun dorg kawin rasanya tak sah sbb yang kahwinkan dorg tu bkn kadi yang ditauliahkan..kawan bapak dia yg main dam skali ngan bapak dia warung..btul tak ustaz?ke saya salah fakta ni?huhuhuhu..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.