Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 Ogos 2013

Suami Terlantar Sakit, Isteri Nak Mintak Cerai


Lelaki ini awal 50-an dulu kira orang senang, berniaga dan jadi kontrakter yang dapat projek-projek. Tapi sejak setahun ini dia terlantar sakit di rumah selepas diserang sakit angin ahmar. Keadaan kesihatannya beransur pulih tetapi tidak boleh berjalan kuat-kuat, nak bawa kereta lagilah tak boleh. Dalam keadaan sakit ini, suami banyak bergantung kepada isteri termasuk sediakan makanan, pimpin bila berjalan termasuk ke tandas dan lain-lain.

Isteri umur 40-an bekerja di sebuah syarikat dengan gaji agak besar juga. Muka isteri pun masih cantik dan jaga penampilan dengan pakaian ikut fesyen terkini. Perkahwinan mereka dikurniakan 4 orang anak yang dah besar. Akhirnya, isteri datang ke pejabat agama untuk meminta cerai dengan membawa pelbagai cerita. Antaranya kerana suami dia gagal memberikan nafkah yang sepatutnya. Sekali fikir, dengan keadaan suami yang sakit macam ni, mana mungkin suami dia dapat bekerja dan ada duit banyak macam dulu.

9 ulasan:

  1. Entah apa yang isterinya fikir gamaknya. Masa bahagia, masa senanag sahajakah guna suami masa sakitnya bagaimana pula?

    Tapi dalam isu rumahtangga hanya yg melalui tahu hakikatnya.

    BalasPadam
  2. Tuhan nak tunjuk kpd suami tu siapa sebenar isterinya itu.

    BalasPadam
  3. sy percaya keadaan yg sama juga berlaku jika sebaliknya..

    100% si suami akan mencari ganti..
    bak kata Tanpa Nama 7:16 PTG

    Tuhan nak tunjuk kpd isteri tu siapa sebenar suaminya itu.

    BalasPadam
  4. "Cinta pada BUNGA..Bunga akan layu, Cinta pada MANUSIA..selalu menderita, Sesungguhnya Cinta pada Allah SWT sahaja yang Kekal ABADI"

    BalasPadam
  5. Hanya mereka yang tahu kenapa jadi begitu. Mungkin dah lama isteri bersabar dengan kerenah suami. Kalau dah ditakdirkan begitu cerita hidup mereka, maka suami isteri kenalah redha. Baik suami mahupun isteri rasanya tak ada yang bernikah, hidup bersama lepas itu nak berpisah pula.

    BalasPadam
  6. Kita x tau citer sbnarnya, tak payah le komen lebih2 sbb kita, sedara mara, anak cucu lum diuji. Biar pejabat kadi selesaikan, & nasihatkan mana2 yg patut, ikut Islam. Mana tau setelah dinilai2 & diselidik, pihak kadi dapati lojik dia tuntut fasakh tu?

    BalasPadam
  7. Ya Allah jadikanlah wanita2 sana sbg isteri2 solehah dunia & akhirat.. ameen

    BalasPadam

Dipersilakan komen.