Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

09 Ogos 2013

Kes Cerai Aidil Zafuan dan Rita Rudaini (Episod 2)


Di dalam blog Aidil Zafuan 'Klik sini' adalah tulisan dan luahan hati pemain bolasepak Johor DT berkenaan. Biasalah, dia pemain bolasepak terkenal manakala Rita Rudaini pula dulu pernah jadi pelakon terkenal, maka mereka jadi tumpuan media. Rumahtangga orang lain pun ada bergolak dan bercerai juga, tapi setakat orang biasa-biasa, media tak minat pun. 

Nasihat saya pada Aidil Zafuan dan Rita Ridaini supaya tidak mengeluarkan kenyataan kepada media atau media sosial kerana boleh mengganggu perbicaraan di mahkamah. Ganggu macam mana? Mungkin kita tidak perasan atau tak sedar. Sebenarnya, apa yang media tulis dan yang kita tulis itu boleh dijadikan hujah oleh pihak yang satu lagi. Apa lagi kenyataan kita kepada media itu bukan atas nasihat peguam kita, maka lebih baik mengunci mulut saja. Kalau nak buat kenyataan pada media pun, tungguah selepas mahkamah sahkan jatuk talak atau tidak nanti.

Cerai Luar Mahkamah Adalah Satu Kesalahan

Awal-awal saya nak beritahu, bahawa perceraian di luar mahkamah adalah satu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah syariah. Hukumannya adalah denda sehingga RM 1,000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali. Yang kena dakwa hanyalah suami yang melafazkan, isteri tak kena. Apa-apa hal, sebelum kena dakwa, perceraian tersebut hendaklah terlebih dahulu  disahkan oleh mahkamah. Kalau sabit cerai, barulah lelaki kena dakwa. Kalau tak sabit, tak ler kena dakwa.

Jadi, kalau pasangan yang berhasrat bercerai, kenalah mendaftar ke mahkamah syariah. Dalam mahkamah, suami boleh lafazkan cerai di hadapan hakim, itu baru betul. Bukan setakat lafaz cerai secara sorih dan kinayah saja kena dakwa, lafaz taklik pun boleh kena dakwa. Contohnya seorang suami kata pada isteri dia berbunyi begini.

"Kalau saya kentut saja, jatuhlah talak satu". Kata suami pada isteri dia dalam kereta.

Sejam lepas tu, suami terkentut. Tak kiralah kentut berbunyi 'bus bus' atau tak berbunyi, ada bau atau tak ada bau, perceraian tetap jatuh. Selepas mahkamah mengesahkan perceraian secara taklik ini, lelaki boleh didakwa kerana kesalahan melafazkan cerai di luar mahkamah iaitu di dalam kereta.

Di Mahkamah Mana?

Bila kes akan dibicakan di mahkamah? Saya pun tak tahu dan media yang melaporkan berita berkenaan pun tak sebut. Di mahkamah mana? Johor? Perlis? Kuala Lumpur? Selangor? Mungkin Johor sebab mungkin Aidil berada di Johor sebab dia pemain bolasepak Johor DT. Mungkin Perlis sebab setahu saya Rita itu kelahiran Perlis. Mungkin juga Selangor atau KL, entah-entah mereka duduk di sana. Sebenarnya, tempat perbicaraan tak jadi masalah. Yang penting, mahkamah syariah mana tempat mereka laporkan perceraian mereka, di situlah perbicaraan akan dijalankan. Ada juga orang tak tahu, dia ingat hanya boleh laporkan di tempat dia nikah saja. Ada seorang tu, duduk di Johor tapi dulu nikah di Sabah, sekarang dah tidak duduk Sabah. Dia ingat dia kena pegi Sabah, sebenarnya tidak.

Siapa Yang Buat Laporan

Saya pun tak jelas siapa yang buat laporan ke mahkamah sama ada Aidil atau Rita. Tapi kalau saya baca melalui media, saya rasa Rita yang lapor. Tapi adakah dia sekadar lapor kepada media sahaja? Kalau gitu, nampaknya tiada isu cerai di sini. Saya rasa dia sudah atau akan buat laporan di mahkamah syariah. Saya rasa juga, Rita bukan sendirian. Saya rasa dia ada peguam yang dia lantik dan peguam berkenaan tentulah orang yang berpengalaman.

Jangan Buang SMS

Kalaulah Rita yang terima SMS, kena simpanlah SMS itu sehingga memberi keterangan di mahkamah.  Ingat, jangan buang SMS berkenaan. Kalau buang, maknanya dia telah membuang satu bukti yang amat diperlukan. Janganlah pulak pergi beli Samsung baru. Nanti SMS boleh hilang.
Episod 3, Klik Sini

5 ulasan:

  1. SMS hilang di simcard atau HP kita shj tetapi masih Ada pada rekod simpanan telco, boleh mohon rujukan dng perintah mahkamah atau permohonan dari pemilik tersebut dengan sedikit bayaran dikenakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh memang boleh tetapi kita telah menjadikan perkara yang sebenarnya senang menjadi susah. Pertama, saksi dari syarikat telekomunikasi itu hendaklah bertaraf 'pakar'. Kedua, Sekiranya pihak berkenaan enggan hadir, perbiaraan akan terganggu. Serta banyak lagi mesalah yang bakal dihadapi.

      Padam
  2. tq bagi info...sangat berguna

    BalasPadam
  3. "Kalau saya kentut saja, jatuhlah talak satu"

    cedera parah ni.. ustaz.. !!

    BalasPadam
  4. Kalau masih ada ruang untuk berbaik semula...elok bersatu kembali. Anak anak banyak yang menjadi mangsa kerana perceraian. Tapi kalau tiada jalan keluar..apa nak buat kan?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.