Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

23 Ogos 2013

Mak Ayah Tak Restu Anak Nikah Dengan Janda Anak 4

Lelaki awal 30-an masih bujang mendapat tentangan keluarga apabila dia nak nikah dengan janda anak empat, umur lewat 30-an. Lebih menggemparkan, apabila mak ayah dia menuduh anaknya sudah kena bomoh dengan 'janda ilmu hitam' berkenaan. Alasa yang diberikan mak ayah dia adalah, sudah tidak adakah perempuan bujang dalam dunia ini sehingga mencari janda. Lagipun, janda yang dipilih lebih tua dari lelaki dan anak ramai.

Bagaimanapun, lelaki ini teruskan pernikahan juga di rumah keluarga perempuan. Selepas majlis pernikahan, lelaki ini berjanji untuk kembali rapat dengan keluarganya walaupun mak ayahnya terlalu marah kepada anaknya ini. Walaubagaimanapun, lelaki ini tetap bersedih kerana mak ayah dia tidak hadir dalam majlis pernikahannya yang bersejarah dalam hidupnya ini.

3 ulasan:

  1. lelaki berhak buat pilihan sendiri

    unless anak dara. boleh dipaksa nikah

    cuma la ni benda tuh orang rasa kejam

    last2 kena tebuk tupai then nga nga sampai mati

    BalasPadam
  2. Sy pun janda anak 4. Umur 35. Umur anak 14,11,9 dan 7. Lelaki bujang umur 20 akan melamar sy menjadi isteri. Cuma sy x bersedia lg. Disebabkan situasi org ramai dan keluarga. Harus berfikir lg.

    BalasPadam
  3. saya juga berstatus janda anak 4 . Berusia 42 tahun . Anak-anak berumur diantara 17 - 07 tahun . Ada lelaki bujang berusia 30 tahun ingin melamar saya tapi saya takut ibubapa lelaki itu pasti tidak dpt terima hakikat yg saya dipilih untuk menjadi pasangan hidup anak mereka , di pihak saya tiada halangan baik dari ibubapa saya mahupun anak2 saya .

    BalasPadam

Dipersilakan komen.