Media tempatan melaporkan, pelakon drama terkenal, Rita Rudaini dikatakan telah diceraikan oleh suaminya, yang juga pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak melalui SMS, beberapa hari lepas. Menurut akhbar tersebut, Aidil telah menghantar SMS kepada Rita berbunyi....
"Aku ceraikan kau talak satu."
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Tunggulah Keputusan Mahkamah
Okey, yang saya lihat, akhbar telah melaporkan seolah-olah perceraian telah berlaku. Pada saya, kita tidak boleh mengatakan perceraian sudah berlaku selagi mahkamah tidak mengeluarkan perintah mahkamah secara bertulis. Dalam perintah mahkamah itu nanti akan dinyatakan sama ada sah atau tidak perceraian itu.
Kedua, berapakah jumlah talak yang jatuh sekiranya jatuh talak. Ketiga, bilakah tarikh sebenar jatuhnya talak sekiranya jatuh. Keempat, tempoh edah sekiranya jatuh talak. Kelima, perintah-perintah lain sekiranya ada. Kita elakkan dari menjadi hakim dalam isu ini selagi hakim tidak memutuskannya.
Isu Cerai SMS
Lafaz cerai ada dua iaitu pertama lafaz sorih iaitu lafaz yang jelas dengan menyebut perkataan 'cerai' atau 'talak' dalam perkataan tersebut. Kedua, lafaz kinayah iaitu sindiran atau yang kurang jelas seperti menyebut perkataan selain cerai atau talak tetapi membawa maksud sedemikian. Dalam lafaz kedua iaitu kinayah ini, niat dari suami adalah diperlukan iaitu niat hendak menceraikan. Kalau niat yang lain, maka talak tidak jatuh.
Tidak kira dalam bentuk apa sama ada cakap berdepan, perantaraan, SMS, telefon, email, whataps, facebook, dan lain-lain, masih boleh dikira sebagai lafaz talak. Bagaimanapun, kebanyakan hakim mahkamah meletakkan lafaz SMS sebagai kinayah dan bukan sorih. Sebelum memutuskan, hakim begitu teliti mengenai teknologi SMS termasuk jenis telefon, nombor telefon, lokasi penghantar dan penerima dan lain-lain. Niat juga perlu dalam kes ini sama ada berniat menceraikan atau tidak.
Kita juga jangan terkejut sekiranya ada hakim yang menolak cerai secara SMS ini dengan alasan tertentu. Antara alasannya, cerai perlukan lafaz dan SMS bukanlah lafaz. Atau, cerai SMS jadi sah sekiranya sambil menghantar sms itu, sambil itu mulutnya turut melafazkan apa yang ditulis itu.
Bagaimana Kalau Terjadi?
Apa yang saya nak cerita di sini, bukanlah satu kes Aidil dan Rita sahaja, tetapi banyak juga kes lain yang berlaku. Ramai juga yang tidak tahu hak mereka dari segi undang-undang syariah. Pesan saya, kalau ada seorang isteri yang diceraikan, hendaklah dia segera datang ke pejabat agama atau mahkamah syariah untuk merujuk kes ini. Kepada suami yang melafazkan juga boleh datang untuk membuat aduan. Dan lebih baik lagi kalau datang berdua suami dan isteri. Sila bawa sijil nikah dan kad pengenalan.
Di pejabat agama, kita akan tapis dulu setiap kes terutama lafaz yang telah dilafazkan. Sekiranya kes itu kuat dan ada lebih kepada perceraian, pejabat agama menasihatkan supaya bawa segera kes ini ke mahkamah syariah. Malah banyak juga orang yang datang mengadu, rupanya tidak pun jatuh talak setelah mengkaji lafaznya, niatnya dan lain-lain lagi.
Episod 2,klik sini
Zaman skrg ni, kawan segera, cerai pun segera juga la...guna SMS la, Facebook la, Whatsapp la, Wechat la..whatever la...
BalasPadamtapi bagaimana kalau bukan suami yg hantar sms tu? ye la..kalo ada yg ambil kesempatan dan sent sms kemudian delete ...mcm2 boleh jadi kan
BalasPadamsetuju dgn ANiz tu...
BalasPadamblum penah berlaku yea..
dlm sejarah IcT/negara... atau perundangan...
kawan atau lawan sengaja antar sms talak/cerai bagi pihak sang suami.. konon cerita samada nak pekena.. nak pedajal.. atau sabagai gurau senda.. huhu !!
Ya.. belum pernah berlaku. Harap tak laa sampai bila2, kesian kaum hawa kan
BalasPadam