Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

21 Ogos 2013

Syiah Di Johor: Lebih 1,000 Pengikut di Johor?

Jabatan Agama Johor (JAJ) mengesan kewujudan lebih 1,000 pengikut Syiah di negeri itu dengan kebanyakan mereka bergiat aktif di sekitar Johor Baharu dan Kluang. Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Abd Mutalip Abd Rahim berkata JAJ sedang memantau pergerakan kumpulan itu bagi membendung penyebaran fahaman berkenaan.

"Di Johor Baharu, mereka dikesan di tiga markas iaitu di Larkin Perdana, Taman Daya dan Kampung Sungai Tiram," katanya menjawab soalan Dr Sheikh Ibrahim Salleh (PAS-Sungai Abong) pada persidangan pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-13, di Kota Iskandar, di sini Selasa.

Abd Mutalip berkata markas di Kampung Sungai Tiram dipercayai paling aktif manakala dua lagi markas tidak begitu aktif. Katanya sepanjang tahun lepas JAJ melaksanakan 18 pemantauan bagi membendung penyebaran fahaman Syiah.

....BERNAMA

1 ulasan:

  1. Fahaman Syiah memang perkara serious yang perlu d pantau & di ambil tindakan terhadap guru-guru dan juga pengikut ajarah syiah. Syabas kerajaan..
    Tapi bagaimana dengan Fahaman WAHABI...ini lagi satu musuh dalam selimut pada Muslimin & Muslimat. Yang peliknya Fahaman WAHABI telah meresap lebih awal & tiada tindakan dari kerajaan...kenapa jadi begitu..adakan WAHABI telah meresap di dalam roh kerajaan..kerana di dapati fahaman WAHABI ni telah bertapak di dalam parti politik, kakitangan kerajaan & universiti dll.
    Cuba kita tanya Kyai Suhaili apa tu WAHABI..tentu jawabannya ajaran sesat..kenapa???..sendiri kena kaji ler...
    SELAMAT BERAMAL.....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.