Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 Ogos 2013

Mak Ayah Restu Anak Bujang Nikah Dengan Janda 10 Tahun Lebih Tua

Sorang lelaki umur 23 tahun, masih bujang, bekerja di sebuah kilang bernikah dengan seorang janda anak 3 tahun. Sebelum pernikahan bermula, jurunikah tanya..... di manakah ibu dan bapa lelaki. Rupanya ibu dan bapanya duduk di belakang anak lelakinya sambil tersenyum menyahut soalan jurunikah tadi.

Beberapa hari lepas, saya tulis artikel cerita pasal mak ayah tak setuju anak bujang lelaki nikah dengan janda anak ramai, tapi kali ini  lain pula ceritanya. Bukan itu saja, ada mak ayah tak mengaku anak dan menantu kalau tak ikut cakap mak ayah pasal calon isteri ini. .  Nak tau cerita ini, klik sini .

Saya cerita ini, bukan apa, cuma nak beri masyarakat sedar dan keluar dari adat kebiasaan kita yang tak elok. Adat atau tradisi ini kalau bagus itu baguslah, tapi yang tak betul itu sepatutnya dikikis dalam masyarakat.

Berbalik pada cerita ini, lelaki ini anak kedua, umur 23, abangnya belum bernikah lagi tapi dia dulu bernikah. Pada saya apa salahnya sebab orang kata tak elok langkah bendul, abang kena lepas dulu. Ini adat yang tak betul tetapi dah diwarisi oleh orang kita. Perempuan ini umur 33 tahun sudah 4 tahun jadi janda dan membesarkan sendiri anak-anak. 

Diceritakan yang suaminya tidak kisah pasal nafkah anak-anak 3 orang ini. Bagaimanapun wanita ini tabah dengan menjual makanan, kuih raya dan ambil upah menjahit, malah apa saja kerja yang dia termampu selama berstatus ibu tunggal. Akhirnya, dia bertemu dengan lelaki bujang pilihannya yang dia rasa dapat memimpinnya bersama anak-anaknya.

3 ulasan:

  1. saya ni bukan orang Melayu tetapi yang saya faham langkah bendul ni hanya untuk adik-beradik perempuan dan bukannya lelaki...kalau saya silap tolong betulkan.

    BalasPadam
  2. Yer.. yang ramai kata langkah bendul adalah anak perempuan. Itu pun adalah adat yang salah dan tidak ada di dalam Islam. Sebenarnya tak kisahlah anak perempuan yang muda atau tua yang kawin dulu. Lepas itu, ada yang kata langkah bendul ini melibatkan anak lelaki pula. Ini ada juga berlaku dan lagilah tak ada masuk akal dan budaya ini perlu dikikis.

    BalasPadam
  3. bagus lelaki tu.moga dia menjadi suami dan ayah tiri yg baik

    BalasPadam

Dipersilakan komen.