Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

02 September 2013

Adakah Pasangan Ini Dah Kawin Atau Belum...?

Penguatkuasa menerima aduan dari orang awam mengenai satu kes khalwat di sebuah rumah taman iaitu rumah teres. Sampai di lokasi lebih kurang jam 2.00 pagi, penguatkuasa ketuk pintu rumah. Oleh kerana tidak dibuka rumah itu, jiran depan rumah terjaga dan menghampiri penguatkuasa.

Penguatkuasa memperkenalkan diri dan berkata kepada jiran itu, nak periksa rumah itu kerana disyaki ada kes khalwat. Tetapi jiran itu kata, itu rumah suami isteri dan ada anak. Penguatkuasa hairan juga dan terus bertanya kepada jiran itu beberapa perkara. Katanya, orang itu baru pindah ke rumah itu dalam 5 bulan dulu. Jiran-jiran kat situ tahu yang itu adalah pasangan suami isteri. Lelaki kerja swasta dan perempuan tidak bekerja. Anaknya pula dalam likungan 3-4 tahun.

Betulkah Dah Nikah ?

Bila dengar cerita itu,penguatkuasa merasakan, betullah seperti cerita pengadu iaitu latarbelakang lelaki dan perempuan itu. Jiran itu terus bercerita pasal lelaki itu. Katanya, pasangan suami isteri ini baik dengan jiran dan masyarakat termasuk jemaah surau. Semasa bulan Ramadhan, lelaki ini dilihat ada juga solat tarawih berjemaah di surau dekat situ. Hari Raya baru-baru ini pun disambut di situ dan tak balik kampung. Ada juga jiran datang rumah dia dan dia layan macam biasa.

Sekarang ini di taman itu sibuk pasal marhaban dari rumah ke rumah. Rumah ini pun jiran-jiran naik marhaban beramai-ramai ke rumah berkenaan dan orang itu tidak menolak kehadiran tetamu. Lelaki ini pun ada juga ikut marhaban ke rumah orang lain juga.

Tapi, penguatkuasa dapat aduan pasangan ini tak nikah. Penguatkuasa teruskan mengetuk rumah itu dan beberapa kali diganggu oleh jiran yang semakin ramai datang menyaksikan drama ini. Apa terjadi seterusnya...?

KITA SAMBUNG KE EPISOD KEDUA....klik sini

6 ulasan:

  1. Dulu-dulu ada kes kahwin adik beradik sampai beranak pinak. macam ner la leh jadi macam ni? Susur galur keluarga sendiri pun tak kenal.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,
    Fuhhhhh! suspen ni...

    BalasPadam
  3. x sabar tggu episod seterusnya.hihi

    BalasPadam
  4. Tak sabar nak tunggu episod seterusnya.

    Moga2 kisah ini dengan cerita baik.

    BalasPadam
  5. hmm...
    "Hari Raya baru-baru ini pun disambut di situ dan tak balik kampung..."

    ni satu 'clue' jugak ni...
    1.. masalah biasa la..
    ekonomi xmengizinkan.. bleh diterima !!
    2.. masalah xnikah.. ni yg jadi persoalanya/tajuk kisahnya ni "Adakah Pasangan Ini Dah Kawin Atau Belum...?"

    sama2 la kita tunggu episod seterusnya...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.