Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

28 September 2013

Pelancong Asing Seronok Jumpa Pokok Durian di Simpang Renggam

Waktu saya berhenti di tempat rehat Simpang Renggam di lebuhraya tadi, saya nampak ramainya pelancong asing. Rupanya mereka gembira serta bising-bising dalam bahasa mereka sambil ambil gambar kat bawah pokok durian tu. Ada juga beberapa orang yang pegi ambil putik durian  dari pokok dan ambil gambar. Dusun durian itu di belakang toilet lebuhraya dan ada jalan keluar yang boleh dilalui oleh motosikan dan pejalan kaki.

Tak Pernah Jumpa Pokok Durian

Pada saya, mereka ini mungkin pelancong dari negara China atau Jepun atau Taiwan atau Hong Kong yang merupakan peminat buah durian. Durian dia orang makan kat sana antaranya dari negara kita. Selama ini mungkin mereka tak pernah tengok pokok durian, maka inilah kali pertama mereka jumpa setelah bertahun-tahun makan durian.

Bagaimana pokok Epal?

Sedap kita mengata orang yer. Yang kita pulak, pernahkah kita jumpa pokok epal atau lai atau anggur yang kita selalu makan? Saya belum pernahlah, cakap terus terang jer. Jadi kalau saya ke negara luar dan jumpa pokok epal, saya pun seronok ambil gambar macam mereka juga. Entah-entah lagi teruk, sampai mengelupur macam kena sawan, hehehe.

4 ulasan:

  1. agak2 bila la anggur dan epal nak ditanam kat Johor...senang sikit, tak yah g luar negeri utk tengok pokok nya.

    BalasPadam
  2. Bila la pokok epal dan anggur nak ditanam di Johor. Anggur dah ada pokoknya di Cameron Highland..Epal dah ditanam di Sabah.. Kalau dah ada kat Johor, tak yah pergi luar negeri utk ambik gambar dgn pokok..

    BalasPadam
  3. Saya pernah tolong ambilkan gambar orang inggeris bersebelahan pokok pisang. Rupanya disana tak ada pokok pisang.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.