10 September 2013
Sembang Pasal Harga Minyak Naik, Harga Barang Naik Juga
Tadi saya ke kedai gunting rambut. Memang sejak akhir-akhir ini setiap bulan saya ke kedai gunting rambut ni. Disebabkan dah biasa dengan tukang gunting ini dan dah kenal, maka selalulah bersembang sambil gunting tu. Biasanya topik yang dibualkan adalah isu semasa. Jadi, masa gunting rambut tadi, sembanglah pasal isu semasa 'kenaikan harga minyak' baru-baru ini 20 sen seliter bagi petrol RON95 dan Diesel.
"Sekarang minyak naik, harga barang semua naik. Mana boleh suratkhabar kata barang tak ada naik, mesti naik punya". Kata tukang gunting tu. Saya layan jugalah sikit-sikit.
"Harga ikan semalam sudah naik banyak kuat. Saya biasa beli dulu harga 8 ringgit saja sekarang sudah jadi 10 ringgit sekilo". Kata dia lagi.
"Itu hari saya pos barang guna pos laju harga mahal sampai 50 ringgit." Kata dia lagi.
"Hantar mana itu barang, banyak mahal". Kata saya.
"Hantar Sabah". Jawab dia. Dalam hati saya ingatkan tadi hantar semenanjung, hantar Sabah dari dulu memang dah mahal.
Selesai Gunting
Selesai saja gunting rambut, saya hulur duit untuk bayar. Tapi............rupanya kurang seringgit. Terkejut juga saya sebab selama ini dan yang terakhir bulan lepas gunting rambut kat kedai tu, harganya saya tahu. Saya pun tambahlah lagi seringgit dan tak kata apa-apa. Masa nak keluar tu, sempat tengok kertas yang tampal harga bagi dewasa. Rupanya dah diubah harga tu. Naik seringgit rupanya.
Keluar jer dari kedai tu rasa macam tak puashati dengan kedai tu. Yer ler, dia komplain peniaga naik harga barang, tapi dia pun naikkan harga. Tapi dalam hati, harga naik pun, bulan depan pegi kedai dia juga gunting rambut. Pada saya, dan kebanyakan orang juga, bukan ramai tukang gunting. Kalau dah berkenan dengan kedai tu, tiap bulan kedai tu jugalah. Sambil pandu kereta terkedu juga dan bercampur kelakar juga. Dia dok kata orang lain naik harga, rupanya dia yang naik harga juga, bukan 20 sen tapi seringgit terus. Sekali pikir, kalau gunting dia macam mesen rumput guna petrol RON95 atau diesel, kira patut juga kalau naik harga.
Beli Goreng Pisang Lagi Baik
Nak pujuk hati, berhentilah kat gerai jual goreng pisang tepi jalan. Kira dapat saya bayangkan, kunyah goreng pisang tu dapat menghilangkan bengang tadi. Malangnya goreng pisang tak ada, yang ada cuma mee hoo goreng dan keropok lekor. Makcik tu kata, kalau nak goreng pisang, kena tunggu lama, belum goreng pisang lagi. Maka belilah saya mee hoon dan keropok lekor. Nampaknya makcik tu tak bisinng-bising pulak pasal harga naik. Bila saya bayar, harganya murah saja, tak naik harga.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
tukang gunting pun nak bagi makan anak bini ustaz..bukan masalah mesin gunting guna petrol..tapi nak pergi kerja(kedai gunting) pun pakai petrol...hantar anak sekolah pun pakai petrol..
BalasPadamKdg minyak naik xseberapa..tp ramai ambik kesempatan
BalasPadamrokok naik harga pun org masih beli walaupun tau rokok tu membahayakan kesihatan...
BalasPadamsalam ustaz..maaf kalau saya lari topik sikit..nak tanya cerita mat burger tu macam mana kesudahannya..ke memang macam tu jer kesudahannya..
BalasPadamTunggulah sambungannya... Dalam pembikinan.
Padamustaz contact mat burger tu lg ker??? dia still niaga burger lg ke ustaz???
Padam