Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

25 September 2013

Nak Nikah Dengan Mak Angkat


Seorang wanita 50-an kematian suami dalam 7 tahun lalu nak nikah dengan seorang lelaki. Lelaki ini umur 40-an tahun berstatus duda bercerai. Semasa zaman kanak-kanak, lelaki ini duduk rumah keluarga suami isteri iaitu dianggap sebagai bapa dan ibu angkatnya. Bagaimanapun, tidak adalah penyerahan anak angkat kat pejabat macam dilakukan sekarang. Bukanlah juga berstatus ibu susuan. Ini cuma anak dan bapa angkat dari segi istilah saja.

Selama ini, lelaki 40-an ini anggap itulah ibu dan angkatnya. Semasa bapa angkatnya terlantar sakit dan meninggal dunia, lelaki inilah yang banyak bersusah payah. Dengan anak-anak ibubapa angkatnya dianggap macam adik beradik.

Ceritanya sekarang, selepas wanita 50-an berstatus ibu tunggal kematian suami dan lelaki bapa tunggal kerana bercerai, mereka merancang untuk bernikah. Seperti biasanya, alasan mereka nak bernikah adalah kerana tidak mahu hubungan rapat mereka disalah anggap dan mengelakkan berlakunya maksiat.

Keluarga Tidak Tahu

Masalah yang dihadapi pasangan ini adalah penerimaan keluarga. Belum apa-apa, pasangan ini sudah nampak jurang dan liku iaitu keluarga mereka pasti menentang pernikahan ini. Bagaimanakah agaknya pernikahan mereka, jadi atau tidak...?

2 ulasan:

  1. satu lagi kisah liku2 kehidupan...

    keluarga ibu angkat tu xsetuju sebab utamanya lelaki tu jauh muda nya.. kalu stahun dua mungkin... tp entah la.. kalu dah itu jodoh mereka.. teruskan je la..

    BalasPadam
  2. semoga kedua2nya Allah permudahkan urusan...nak buat perkara baik jangan dilarang..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.