27 April 2011
Kelopak Mata Nak Kena Belah Dengan Pisau ?
Selepas dua minggu, bisul kat mata saya dah elok, tapi meninggalkan bekas. Nampak belum baik betul, macam ada mata bisul tak dikeluarkan. Kawan-kawan kata pegi klinik pakar mata kat sini, tadi saya pun cari. Bukan apa, baik tu baik, cuma tak selesa. Kalau main ping pong, spin macam tak dapat baca bola, tak berapa tepat sebab terlindung sikit.
Satu klinik tu, nama macam sama dengan yang kawan saya sebut tapi tak tulis pun klinik tu pakar mata, klinik biasa saja. Saya masuk ke klinik tu dan jumpa seorang perempuan Melayu 20-an yang kerja di situ.
"Maaf encik, doktor tak ada, pukul 3 doktor ada". Kata perempuan tu.
"Yer ke... Nak tanya, klinik ni pakar mata ker ?". Tanya saya.
"Taklah pakar mata, biasa jer untuk semua penyakit. Tapi sakit mata pun boleh juga, nanti datang pukul 3". Kata perempuan tu.
"Okey, sebelum tu nak tanya, kalau sakit macam mata saya ni agak-agak doktor boleh ubat ker ?". Kata saya sambil tunjukkan kelopak mata kat dia.
"Ohhh.. macam ni ada juga beberapa kes, doktor ada juga rawat". Kata perempuan tu.
"Doktor buat macam mana yer ?" Tanya saya.
"Dulu ada satu kes tu, doktor potong pakai pisau". Kata perempuan tu.
"Ohhh yer ke. Okeylah dik, terima kasih yer". Kata saya dan terus balik.
Alamak, pakai pisau, SERAM SERAM. Terus takut, tak jadilah pegi klinik tu. Bukan sikit punya hal ni, teringat cerita Kasim Selamat.
(gambar kat atas tu, masa 2 minggu lepas masa bengkak)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
assalamualaikum ustaz..sebulan yg lalu ayah sy ada buat pembedahan selaput mata disebuah klinik mata di Kluang (Jln BP)..alhamdulillah mata ayah sy dah baik sepenuhnya..nnt sy tanyakn beliau alamat & nama klinik tersebut.
BalasPadam