Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

23 April 2011

Ingat Senang Ke Nak Usahakan Burung Walit...


KAHANG, KLUANG - Sebuah premis perniagaan makanan di sini, dikenakan kompaun sebanyak RM500 oleh Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) kerana pemiliknya menjalankan aktiviti industri burung walit di bahagian atas kedai berkenaan.

Kompaun berkenaan dikenakan kerana lokasi aktiviti industri burung walit yang dijalankan tidak bersesuaian.

Yang Dipertua MPK, Ahmad Ma’in berkata, tiada siapa boleh larang untuk menjalankan aktiviti industri burung walit, tetapi lokasinya perlu bersesuaian dan dalam kes ini aspek kebersihan amat ditekankan.

“Masyarakat sekeliling juga membuat aduan berhubung aktiviti yang dijalankan selain ia turut memberikan tekanan kepada pemilik kedai lain.

“Premis makanan berkenaan juga berhampiran dengan hotel dan ini menyebabkan pemiliknya tidak berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan kerana bunyi bising perakam suara burung walit mengganggu kawasan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad berkata, kompaun yang dikenakan ke atas premis berkenaan adalah kerana pemiliknya menyalahi Akta di bawah Seksyen 70(1) Ubahsuai Bangunan Tanpa Kebenaran dan Akta 133 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang boleh dikenakan kompaun sehingga RM500.

2 ulasan:

  1. ooh, kita boleh la mengadukan..kat parit raja ni dan sekitar batu pahat banyak sangat orang bela burung walit kat bahagian atas kedai. Rasa kotor juga. bau tahi, hama, dan kemungkinan penyakit selsema burung dll. Terima kasih atas info ni ustaz.

    BalasPadam
  2. Sy pun terjejas akibat kerakusan pengusaha burung walit ni..sy menghadapi tekanan akibat gangguan bunyi bising dr pembesar suara burung walit ni..harap ada pemimpin atau individu yg dpt membela nasib kami..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.