Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

06 April 2011

Bercerai Dengan Isteri, Bapa Tak Mengaku Anak



Lelaki 50-an tak mengaku anak perempuan kandungnya adalah anaknya yang sah dan tak mahu menjadi wali terhadap pernikahan anaknya. Lelaki ini sudah bercerai dengan isterinya beberapa tahun lalu atas perselisihan rumahtangga. Anak perempuan dijaga oleh bekas isterinya.

Apabila hendak nikah, anak perempuan menghubungi bapanya tetapi bapanya enggan dan tak mengaku anaknya. Bukti perkahwinan ibu bapanya, surat beranak dan kad pengenalan, membuktikan anak perempuan ini adalah dari perkahwinan yang sah tanpa keraguan.

Nasihat saya, sekiranya ada perselisahan sehingga berlaku perceraian, janganlah sampai tidak mengaku anak dan mengelak menjadi wali. Kalau tak mahu berdepan dengan anak dan bekas isteri atau tak mahu hadir ke majlis perkahwinan pun tak apa. Yang penting, bapanya jadi wali dan datang ke pejabat kadi sebelum pernikahan berlansung.

1 ulasan:

  1. macam-macam no...aritu masuk berita ibu takmau ngaku anak sebab muka anak sama dengan bekas suami...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.