Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

28 April 2011

Operasi Janda dan Perisik Janda


Baru-baru ini, penguatkuasa buat serbuan berdasarkan aduan. Aduannya di beberapa buah rumah dan aduannya lebih kurang sama saja. Iaitu rumah janda yang tinggal dengan anak-anak, bawa lelaki bermalam di rumah. Beberapa biji rumah, umur janda ini lebih kurang sama saja iaitu 40-an. Atas faktor itulah saya namakan operasi ini 'operasi janda' walaupun tak diberi nama pun tak apa.

Ada rumah yang diperiksa, ada lelaki tidur di rumah janda ini bersama-sama anak-anak janda ini di ruang tamu. Bila ditanya, dia bilang, dia kawan kepada anak lelaki janda tu. Umur pun lebih kurang sama dengan anak janda tu. Tapi susah nak cakaplah, sekarang ni macam-macam. Adalah juga kes lelaki muda sangat, perempuan dah berumur kes khalwat ni.

Ada satu lagi rumah tu, lelaki tidur dengan anak perempuan janda juga. Mengaku bapa angkat pada anak janda tu. Amboi, main angkat-angkat jer ke. Kenapa tak nikah jer dengan janda tu. Kenapa ? Mentang-mentanglah janda dah berumur dan ramai anak, nak ambil kesempatan jer ke. Kawan-kawan juga, bapak angkap bapak angkat juga, tindakan tetap diambil.

Satu rumah lagi tu, lelaki tak ada dalam rumah janda. Tapi bila disoal, mengakulah janda tu yang ada sekali sekala lelaki datang rumah dan masuk rumah kejap. Kata janda tu, cuma masuk saja dalam rumah dan tak buat apa-apa.  Gitulah orang kita, lelaki masuk rumah pun tak salah ker. Kan kita cegah sebelum terjadi maksiat.

Operasi janda berakhir dan pengadu kes ini dirahsiakan. Cuma yang boleh dikatakan di sini yang pengadu akan diklasfikasikan sebagai 'perisik janda'.

Maaflah

Maaflah kalau tulisan ini ada menyindir atau boleh menyebabkan golongan janda atau ibu tunggal tersinggung. Tapi sebenarnya, mereka iaitu sekelompok kecil wanita yang bergelar janda ini terlibat dalam kancah maksiat ini. Akhirnya masyarakat akan memberi gambaran yang tidak baik kepada golongan mereka. Kalau ini berlaku, maka nama baik mereka sendiri tercemar.

Banyak contoh yang baik kepada ibu tunggal yang gigih sehingga berjaya dalam kerjaya dan melahirkan anak-anak yang berjaya. Tapi kalau sebahagian golongan ini memberikan contoh yang tidak baik, masyarakat akan memberikan gambaran yang kurang baik.

3 ulasan:

  1. kat kampung mertua saya pun camni ustaz. mak mertua saya pun pernah jadi perisik gak..huhu

    BalasPadam
  2. isu mak janda memang selalu diperkatakan,seharusnya masyarakat mengambil berat bagi membantu pihak berkuasa mencegah maksiat.

    BalasPadam
  3. Saya nak tahu apa hukumnya kepada mak janda yang menjemput business partner ke rumah untuk berbincang hal perniagaan.(Lebih dari 1orang)

    BalasPadam

Dipersilakan komen.