Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

21 April 2011

Rugi RM 100,00 Dalam Masa Setahun


Seorang lelaki 50-an, bermodalkan wang RM 100,000 untuk mengusahakan tanaman pokok pisang. Duit ini dikumpul berpuluh tahun termasuk kerjanya mengusahakan kebun sawait orang. Dia tanam  di tanah 20 ekar kebun sawit yang masih kecil, bukan sewa tapi percuma dengan syarat menjaga kebersihan kebun.

Tanaman pisang berangan, satu anak pokok dibeli dengan harga RM 1.60 dan RM 1.80. Dia menggaji 3 orang warga asing yang tinggal di dalam kebun berkenaan.

Dalam masa beberapa bulan, waktu pokoknya sedang  berbuah, ujian pun datang. Keseronokannya tak lama, apabila pokoknya hampir kesemuanya tumbang. Rupanya kawasan itu tidak sesuai disebabkan kawasan angin kuat seperti ribut menyebabkan pokoknya tumbang dan mati. Dia cuma dapat hasil tak sampai RM 10,000 iaitu saki baki pisangnya yang elok.

Wang RM 100,000 yang dikumpul sejak kecil, habis dalam masa tak sampai setahun. Simpati saya dengar cerita ini dan memberi semangat kepadanya supaya terus berusaha mengerjakan tanah dan mencari rezeki yang halal.

Yer, dia tak putus asa dengan kegagalan ini dan akan terus berusaha. Dia tak lama lagi akan mengusahakan ternakan lembu bermula dengan jumlah yang agak kecil.

3 ulasan:

  1. mudah-mudahan allah tingkatlagi darjatnya. Kesian no..insyaallah allah sedang berbicara dengannya. insyaallah, allah maha baik. semua musibah ada hikmahnya,, semoga dia dianugerahkan kesabaran dan kekuatan untuk terus bersemangat dan berusaha. Amin.

    BalasPadam
  2. Masyaallah.....mudah-mudahan beliau redha dengan ujian dari Allah.

    BalasPadam
  3. teringat kisah my late father, tanam pisang dalam seekar di kebun di spg renggam, ada kot 50 pokok, sebab jauh dari rumah, cuma dapat jenguk hujung minggu je, minggu sebelumnya datang dah agak2 dalam seminggu dah sesuai utk tebang, tup tup datang minggu depan nya pencuri dah tebang semua pisang tak tinggal satu pokok pun utk tuan punya, sedih sgt ayah, sampai hati katanya pencuri, kurang2 tinggal le setandan dua utk kami merasa, tapi ayah saya pemaaf, dia kata pencuri pun ada rezekinya.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.