Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

12 April 2011

Makan Nasi Lauk Ikan Patin Masak Tempoyak Berdua RM 21.00


Saya tak terkejut bila berita akhbar hari ini kata makan lauk ikan patin RM 13,000. Saya tak mahu menghukum mana pihak sebagai bersalah, selagi tidak dibuktikan bersalah di mahkamah. Akhbar bukan hakim dan kekadang media menjatuhkan hukuman kepada seseorang sebelum dibuktikan bersalah. Adakah tuan punya restoran itu bersalah ? Belum tentu.

Kalau orang yang duduk di negeri Pahang, saya tahu, patin ori dari sungai Pahang memanglah mahal. Sekilo harganya ratusan ringgit. Dulu ayah saya ustaz, anak murid dia ramai dari kawasan banyak ikan tu seperti di Tembeling, kawasan Taman Negara. Selalu juga bapa-bapa dan anak murid kasi kat rumah lepas balik dari kampung ke asrama. Merasalah juga saya makan ikan yang harga ratusan ringgit sekilo tu. Kalau dah dimasak harganya lagilah mahal. Tak tahulah saya yang mahal ni masak apa, tapi yang paling popular di Temerloh, masak gulai tempoyak.

Kalau RM 13,000 makan 50 orang, jatuh seorang RM 260 seorang. Pada saya tak mahallah tu, harga patin ori kan beratus ringgit. Berita itu pulak tak cerita lauk-lauk lain dan air. Cuma mungkin orang tu tak tahu yang ikan patin tu mahal beratus ringgit sekilo kot.

Macam Kes Nasi Dagang Mahal

Kes ini macam serupa dengan kes yang jual seketul ikan mahal di kedai nasi dagang di Terengganu dulu. Orang Terengganu yang dah biasa makan di situ kata tak mahal, cuma orang yang tak biasa saja kata mahal. Akhirnya kedai tu kena denda atas sebab lain iaitu tak letak tanda harga, bukan salah macam mula ditimbulkan tu. Kemudian, ada seorang lelaki muncul di mahkamah, tolong bayarkan denda yang makcik itu kena bayar. Orang itu bersimpati dengan makcik tu.

Lepas kes itu, saya makan nasi dagang dengan adik ipar saya di kedai itu. Adik ipar saya cerita, kalau nak murah, letaklah lauk seketul yang kecil, jangan nak pilih seketul besar dan mahal. Adik ipar saya kata, sesama Islam pun orang dengki sampai report-report pada akhbar. Saya tak komenlah, mengangguk saja, sebelum ini saya baca akhbar, gambarannya lain.

Patin Sungai Sangkar

Patin yang bela dalam sangkar pada saya dah sedap dah tu. Harga dia dalam RM 12- 15 sekilo, banyak dijual tepi jalan antara jalan Triang-Temerloh dan Temerloh-Maran. Kenalah belajar masak gulai tempoyak dengan orang Pahang, baru rasa kelazatan sebenar ikan patin tu.

Selasa lepas, saya berdua ke Kuantan, singgah di Pekan makan lauk ikan patin 2 ketul, sayur, sambal belacan, sambal tempoyak, 2 nasi putih, 1 nasi tambah dan 2 air suam. Semuanya RM 21.00. Kira okeylah tu, tak mahal kalau nak dibandingkan kelazatannya.

Patin Bela Kolam

Patin kolam ni murah saja, kat JB sekilo RM 6 saja kat pasar Kipmart. Tapi rasa dia tak sedap sangat, ada rasa lumpur. Kalau jual kat Pahang ikan Patin kolam ni, pasti tak laku.

6 ulasan:

  1. Pagi ini di radio sinar.fm..seorang wakil dari ikanpatintemerloh.com memberitahu bahawa jumlah yg makan ikan patin 13k tuh bukannya 50 orang tapi 180...dan ikan patin yg dihidangkan memang patin fresh yang ori..mcm ustaz cakap..mahal sbb campur dengan sayur ulam bagai, air gamaknya.
    Saya sendiri dtg dr temerloh..mmg akui bahawa ikan patin nih mmg sedap..wpun tlh berhijrah dr johor dan duduk di phg hampir 30 thn baru 4-5 tahun nie saya belajar mkn ikan ini..dolu saya tk suka..isinya yg lembik2 dan berlemak sgt..bila dah terkena terus jatuh cinta masakan ikan patin..msk asam pedas pun sedap (tekak still org johor gak). kalau nk mkn ikan patin..sya beli jer patin sangkar..murah sikit tapi sedap jugak..Jumlah yang dibayar RM21 yg ustaz makan tuh bagi saya dah ok..normal harga sebegitu...tapi klu dtg temerloh ada satu gerai tepi sungai berdekatan petronas..mmg sedap..orangnya Q kalau lunch time..mmg sodap..satu periuk besar diletak (dah mcm gulai kawah plak)..setiap ketul ikan mmg dipotong besar2 saiznya...so faham2 jer la harganya...tapi sbl mkn ikan patin pastikan dompet uols mesti ada uwang lebeh ok.. ;)

    BalasPadam
  2. ikan kelah lagi mahal sebab raja segala ikan

    tapi tak ada pula yg kecoh2 :-)

    BalasPadam
  3. "..Pagi ini di radio sinar.fm..seorang wakil dari ikanpatintemerloh.com memberitahu bahawa jumlah yg makan ikan patin 13k tuh bukannya 50 orang tapi 180...dan ikan patin yg dihidangkan memang patin fresh yang ori..mcm ustaz cakap..mahal sbb campur dengan sayur ulam bagai, air gamaknya..."



    salah maklumat ni...
    dah becelaru ni haa...
    mula kluar cerita.. katanya 50...
    smlm kluar katanya 350...
    ni lain pulak... dah kata 180..??


    Jamuan patin RM13,000 patut - Pelanggan
    12/04/2011 8:04pm

    TEMERLOH 12 April – Seorang pelanggan yang dilaporkan membayar RM13,000 bagi makan tengah hari termasuk hidangan ikan patin di sebuah restoran di sini baru-baru ini, hari ini mengakui harga itu berpatutan kerana ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang.

    http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2011&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm

    BalasPadam
  4. sedap sgt2 patin masak tempoyak temerloh ni sebab tu abg ipar sanggup tunggu makcik kat situ masak sbb dia nk tapau bwk blk kl. tak kisah pun harganya (sebab free hehe) tp paling penting kelazatannya yg mencengkam jiwa...tanya la mana2 peminat patin masak tempoyak pasti setuju dengan harganya yang mahal. Well, pilihan kan di tangan anda. Kalau nak jimat sikit, bak kata ustaz beli lah di Kipmart dan sila la masak sendiri di rumah.

    BalasPadam
  5. salam ustaz.sy nk bgtau yg baru skjap td sy ternampak sesuatu..... dalam toilet parkson tgkat ats dkt bhgn permainan.dlm toilet wanita.sy tak brp pasti tp sy tgh mnggu nak masuk toilet dlm byk kosong knp sorg pkeje parkson msuk toilet ujung slps sorg lg pkeje kuar.bl sy masuk toilet sblh sy terperasan kaki lelaki.Wallahualam.apa tindakan yang sepatutnya?sy agak terkejut dan ingin meminta pandangan ustaz.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.