Berikutan itu, mangsa, Muhammad Rafiq Abd Rashid, 9, terpaksa ditahan di wad dan menerima 30 jahitan di telinga kanan dan beberapa bahagian belakang badannya sebelum dibenarkan keluar kelmarin.
Menurut bapanya, Abd Rashid Ibrahim, 55, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu, Muhammad Rafiq leka bermain dengan adik kembarnya, Muhammad Rafie sebelum digigit empat anjing terbabit.
"Anjing itu dikatakan tiba-tiba mengganas lalu mengejar Muhammad Rafiq sehingga dia terjatuh, lalu menggigit telinganya. Muhammad Rafie pula bernasib baik kerana sempat melarikan diri.
“Saya terkejut apabila mendapat berita telinga anak digigit anjing peliharaan jiran dan bergegas pulang daripada kursus di Melaka. Namun, syukurlah anak saya selamat,” katanya.
sian no budak ni.tak kesah le dia nak bela ke apa...tapi jaga leklok la. tapi saya rasa kalau anjing yang jenis ada pontensi GARANG kena buat akta takleh bela. Tapi malaysia sekarang ni terlampau jaga hati..
BalasPadamkawan saya, anjing jiran dia asik masuk laman rumah dia terus wat laporan polis. pastu bawak laporan pi majlis pembandaran.