Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

03 April 2011

Wali Menangis Teresak-esak Masa Akad Nikah, Timbulkan Persoalan Besar...


Pernikahan melibatkan lelaki 21 tahun, kerja kilang dan perempuan 22 tahun,anak sulung, tidak bekerja.  Mereka sekampung dan dulu satu sekolah. Masa majlis akad nikah, ketika penyerahan wali berwakil kepada kadi, bapa perempuan tiba-tiba menangis teresak-esak. Kadi tetap meneruskan majlis dan semasa kadi membaca khutbah nikah, bapa semakin kuat menangis.

Kerana menganggap ada sesuatu yang berlaku tersirat atau tersurat, majlis ditangguhkan sementara dan kadi memanggil bapa, bakal pengantin lelaki dan berempuan bertemu dalam bilik.

"Okey, sebelum pernikahan berlansung, sebenarnya ada apa-apa yang berlaku ? Kalau boleh jangan selindungkan sesuatu". Kata saya.

Ketiga-tiganya diam sementara, kemudian bapa berkata.

" Bapa mana yang tak sedih tuan kadi. Semuanya memalukan mak bapak, anak saya dah mengandung sebelum nikah ?". Kata bapanya.

"Betul kamu mengandung ? Kenapa tak beritahu ?" Kata saya.

"Yer, sudah 7 bulan". Kata bakal pangantin perempuan.

Sebenarnya, perempuan dan lelaki terlalu bebas di kampung dan banyak ke sana ke mari berdua sehinggalah terlanjur atas kerelaan sendiri. Perempuan menyedari mengandung pada usia kandungan 6 bulan, kemudiannya diketahui ibunya, seterusnya memaksa mereka nikah cepat. Mulanya memang nak rahsiakan kepada pejabat kadi dan hampir berjaya tapi waktu pernikahan, akhirnya terbongkar juga.

Dalam kes ini, pernikahan boleh berlansung tetapi pasangan ini tidak akan terlepas dari disiasat dan didakwa di bawah seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor yang membawa hukuman denda sehingga RM 5,000 atau 3 tahun penjara atau 6 kali sebatan.

6 ulasan:

  1. hmmm..

    mungkinkah kisah ini susulan atau ala2 dr kisah sblumnya..
    http://kadikluang.blogspot.com/2011/03/bapa-berkeras-suruh-anak-nikah-cepat.html

    BalasPadam
  2. Oo kalau sedang mengandung masih boleh dan sah nikahnya ya?

    BalasPadam
  3. *sigh*..
    terima kasih atas perkongsian kisah benar ini..

    BalasPadam
  4. sebagai mak ayah, kalau anak dah jumpa pasangan dan sukar membawa diri, nikahkanlah cepat-cepat. memang nikah bukan jalan penyelesaian tapi itu sajalah ubat orang angau bercinta. Tapi bila nikah kita sebagai mak ayah ajar anak, bimbing anak ke arah rumahtangga yang baik. Nak buat camana dah anak tak reti bawa diri. Anak pun cerminan kita juaga. Huh saya bila dengan kisah begini merasa resah memikir anak-anak saya pula. JAnganlah saya dititipkan dengan ujian yang begini. Saya harap allah beri saya kesungguhan dan azam untuk berilmu dan mengajar anak dengan baik. Takutnya dengan petaka2 akhir zaman ini. Semuanya tidak terjangka. zina ni boleh berlaku dlaam rumah kita sendiri kalau kita tak ambil berat.

    kesian mak ayah ni menanggung malu yang besar. :(

    BalasPadam

Dipersilakan komen.