22 Disember 2010
Disebabkan Ada Kerja Kawin, Melepas Duit 20,000
Sedang saya makan kat sebuah kedai satu malam tu, orang kat belakang tu berbual rancak. Oleh kerana dia cakap kuat, saya dengarlah perbualan dia tu.
"Hari tu aku sibuk ada kerja kawin rumah sedara orang rumah aku, kalau tak aku beli nombor tu. Hari ni keluar nombor satu, nombor 26XX. Aku dah berapa hari dah ikut beli nombor tu sepuluh ringgit. Kalau tak, haii.... dua puluh ribu aku dapat". Kata orang tu.
Kaki nombor orang tu berdua rupanya. Hormatlah orang sikit.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam. Tua ke muda berbual pasal nombor ekor tu? Saya sering tgk yg berumur tua asyik tilik kertas nombor yg dibeli sedang keluar dari kedai nombor ekor....mana ada malu pun mereka ni.
BalasPadamBila la JAWIP nak serbu melayu muslim yg saban minggu masuk keluar beli nombor ekor.