29 Disember 2010
Bandar di China Motosikal Diharamkan...
Seorang peniaga trauma apabila tercedera selepas menjadi mangsa cubaan ragut oleh sekumpulan lelaki bermotosikal di Jalan Rahang berhampiran Stesen Komuter Seremban dekat sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi, mangsa, Ho Ken Jee, 54, cedera di kaki dan kepala selain patah tulang rusuk akibat terjatuh dari motosikal yang ditungganginya.
Di China, motosikal diharamkan di dalam bandar. Antara sebabnya adalah kegiatan jenayah ragut dan pencemaran alam sekitar. Ramai yang berjalan kaki di bandar dan menggunakan basikal kayuh sendiri atau eletrik yang dicas baterinya. Di negara kita bolehkah motosikal diharamkan memasuki kawasan tertentu ? Dulu pernah dicadangkan tetapi tidak dapat dilaksanakan. Bantahan pun banyak dari pihak tertentu dan boleh dipolitikkan pula. Tetapi kenapa di China boleh ?
Kemajuan di China sungguh menakjubkan terutama dari segi ekonominya. Sesuatu undang-undang yang pihak berkuasa kuatkuasakan, rakyat perlu patuhi. Nak dipolitikkan, tidak sama sekali.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
boleh dilaksanakan. Tapi yang banyak songeh adalah pembayar cukai yang hasilnya dari jual motorsikal dan spare part motor mungkin.
BalasPadam