21 Disember 2010
Kedai Ni Teh Tarik Naik 20 Sen
Kat satu kedai ni tadi saya makan nasi lemak telur dan teh tarik. Bukanlah selalu sangat kat kedai ni, tapi seminggu sekali tu adalah. Saya ingat, kalau sebelum ni mesti RM 3.00. Tapi hari ni, bila dia kira, RM 3.20 pulak.
Nampaknya teh tarik dia dah naik dari RM 1.00 pada RM 1.20 segelas. Dalam kereta saya terfikir sejenak, bukan saya kedekut dengan kenaikan 20 sen tu. Cuma nak mengenang masa depan dan nasib peniaga tu.
Taknak naik harga, susah juga sebab susu dah naik harga. Tapi kalau naik harga walaupun 20 sen, sikit-sikit akan menyebabkan kehilangan pelanggan juga. Setakat ni, kedai mamak masih mengekalkan teh tarik RM 1.00 dari dulu walaupun dan berapa kali susu naik harga.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Makluman... ada satu komen dari pembaca dari Padang, Riau, Indonesia. Komen itu bagus tapi tidak sesuai disiarkan, sebab guna perkataan bu***. Elok digantikan perkataan itu dengan 'perlu' atau memerlukan.
BalasPadamSalam Tuan,
BalasPadamApa yang pembaca dari Padang, Riau, Indonesia tu komen Tuan?. Kawan pun ingin tahu juga.
-OrAng KampungKu-
Dia komen okey jer, bernas. Tetapi perkataan Indonesia dia tu 'memerlukan' guna perkataan seperti mencarut dalam Bahasa Malaysia.
BalasPadamSalam Tuan,
BalasPadamCuba Tuan paparkan komen dia kemudian Tuan gantikan dengan perkataan 'memerlukan' tu. Boleh tak Tuan.
-OrAng KampungKu-
salam tuan,
BalasPadam22/12/2010, restoran sebelah bank rakyat di kluang, harga teh susu RM 1.40. kira sesuai ke tuan?