Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

31 Disember 2010

Angkara Facebook, Isteri Minta Cerai Nak Kawin Jantan Lain

Rumahtangga yang dibina lebih 20 tahun dulu bergolak angkara isteri yang suka main facebook. Isteri umur 40-an tidak bekerja, anak-anak dah besar, ada yang di universiti dan bersekolah menengah. Mulanya suami benarkan dan belikan komputer dan broadband pada isteri yang tinggal seorang di rumah masa suami bekerja dan anak duduk asrama.

Isteri bercinta dengan lelaki bujang umur 30-an, katanya bekerja sebagai eksekutif swasta. Isteri beberapa kali malah dah ratusan kali minta diceraikan tapi suami tetap bersabar. Hingga isteri kata terus terang, yang dia hendak bernikah dengan lelaki yang dikenalinya dari facebook. Isteri juga mengaku telah beberapa kali bertemu dengan lelaki itu di luar sebelum ini.

3 ulasan:

  1. ic...
    ni kes..
    isteri punyai kekasih gelap la ni.. xgitu...?

    persoalannya..
    apabila udah bercerai nnt..
    mau ke.. lelaki bujang tu ambik/terima si janda tu..?

    jomm..
    sama2 kita fikir2kan kisah ini....
    alahai.. anak-omak !!

    BalasPadam
  2. Itulah akibat pengaruh sosial yang dibawa oleh Facebook. Tujuan nya mempunyai muslihat - Cuba kita fikirkan....
    Bangsa Melayu ni pemalu / sosial yang agak terbatas - untuk bersosial bebas cara barat / Mat Saleh, mereka segan atau tak pandai.
    Maka dengan adanya Facebook, perasaan malu/segan/ tak pandai bersosial itu boleh diatasi.
    Dengan Facebook orang kita akan bebas meluahkan apa saja tanpa segan silu atau tanpa ada batas2 sosial yang membelenggu kita selama ini.
    Akhirnya kita jadi semakin berani ibarat seekor harimau lapar yang terlepas dari sangkar.....

    BalasPadam
  3. Semasa melayari facebook tu.. semuanya manis mengalahkan madu... tapi jika lah sekira nya si isteri tu diceraikan oleh suami nya..lum tentu lagi teman laki di Face book akan kahwin dengan nya..

    Kalau kahwin pun 90 % nanti akan keluarkan .. menyesal aku minta cerai... dari suami aku dulu...
    suami aku dulu tak pernah baut aku camni...
    dan bla..blaaaa..blaaa.

    Wahai isteri ... taat lah kepada perintah ugama.. kembali kepangkal jalan... ingat dosa..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.