Hehe.....Dulu saya tahun 80-an dan 90-an, saya peminat wresling, sekarang dah tak minat. Sekarang punya wresling dah banyak lakonan terutama persatuan gusti tu masuk bursa saham di Amerika beberapa tahun dulu, jadi lebih kejar keuntungan, bukan aksi perlawanan sebenar.
14 Mei 2012
Isteri Saya Dulu Tak Benarkan Saya Kawin Lagi, Sekarang Dah Benarkan....
"Isteri saya, dulu tak benarkan saya kawin lagi, sekarang dah benarkan". Kata seorang lelaki.
Lelaki ini umur 60-an berniaga, pendapatannya tak lari dalam 10,000 sebulan. Isteri pertama dia 50-an, bekerja sebagai salah seorang yang menguruskan perniagaannya. Anaknya 6 orang, sudah ada menantu dan beberapa orang cucu.
Lelaki ini hendak bernikah dengan seorang pekerjanya, janda 30-an, anak dua. Bagaimanapun, isterinya menentang, malah bermusuhan dengan wanita ini. Pernah isteri menyuruh suaminya membuang kerja wanita ini dengan membawa pelbagai cerita, antaranya cerita kononnya wanita ini gatal dan miang dengan pekerja lain. Sebaliknya si suami mempertahankan wanita ini yang masih punyai anak yang masih bersekolah dan akan hilang sumber pendapatan kalau diberhentikan.
Bukan Gurauan
Si suami tetap berhasrat untuk menikahi perempuan ini dan merujuk kes ini di pejabat kadi. Dia dinasihatkan supaya memohon kepada mahkamah syariah untuk kelulusan dan sekiranya dia ingin memudahkan urusannya, dia boleh melantik peguam syarie. Hasrat nak kawin bukan gurauan, dia melantik peguam untuk urusan ini.
Si isteri melenting dan menentang hingga terkeluar dari mulut isterinya yang minta diceraikan sekiranya suaminya ingin bernikah dengan 'si janda miang' itu. Bukan itu saja, isterinya menghasut anak-anaknya menyebelahi ibunya. Kira macam wresling WWF lah ni, kalau nanti kena belasah kat gelanggang, boleh ada geng tolong bantu. Macam Bret Hart kena belasah dengan Stone Cold, ada geng dia tolong.
Hehe.....Dulu saya tahun 80-an dan 90-an, saya peminat wresling, sekarang dah tak minat. Sekarang punya wresling dah banyak lakonan terutama persatuan gusti tu masuk bursa saham di Amerika beberapa tahun dulu, jadi lebih kejar keuntungan, bukan aksi perlawanan sebenar.
Hehe.....Dulu saya tahun 80-an dan 90-an, saya peminat wresling, sekarang dah tak minat. Sekarang punya wresling dah banyak lakonan terutama persatuan gusti tu masuk bursa saham di Amerika beberapa tahun dulu, jadi lebih kejar keuntungan, bukan aksi perlawanan sebenar.
Bagaimanapun, anak-anaknya yang dah berumahtangga, mula-mula menyokong emak dan memulaukan bapa, tapi lama kelamaan, keadaan dah okey semula. Yer le, terfikir juga anak-anak, apa salah ayah dia sampai anak taknak mengaku anak pada seorang bapa yang baik serta banyak berjasa pada anak-anak.
Setahun Bersabar
Dalam tempoh itu, tanpa berselindung, si suami cerita pada isterinya yang dia sedang dalam proses di mahkamah. Mulanya isteri tetap tak setuju. Tapi sudah kira-kira setahun, akhirnya suami dapat berita baik yang nak dikongsi berita baik ini dengan kadi. Setakat berkongsi berita baik sajalah, benda lain yang baik, tidak dikongsi pula, hehe.
SELAMAT PENGANTIN BARU...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Biaso le tu ustaz. Isteri mana yg tak terkejut & agak emosi bila suami nak kawin lagi.
BalasPadamAlhamdulillah akhirnya ok. Lagipun suami mcm mampu, & dia pun niat nak tolong janda & anak2 janda tu.
Pastikan harta dah siap hibah..hahaha
biasa la tu ppuan melayu...
BalasPadamlelaki mampu pun mrk tetap tamak...
kesilapan nyata dlm masyrakat melayu bhw apbila isteri berfikir, suami adalah hak mutlak mrk seorang sahaja...
sedangkan suami islam diharuskan beristeri 4....
bukan tamak terkejar ke saudara bini 4, yang satu pun x terkejar, wang bkn segala2nya, kena lihat byk sudut bukan soal seks dan kemampuan kewangan jea...
Padamtime nak kahwin 4 kononnya ikut sunnah, janji tinggi melangit tapi bila dalam realiti hampehhh? x takut ke kt akhirat nanti jalan senget... tetap x dapat berlaku adil beb...
heheh ustaz, macam lagu UK's pulak, walaupun pahit, akan manis jua akhirnya....
BalasPadamp/s terbela sudah nasib seorang janda
Salam. Syeikh. Sebahagian VCD wrestling anta masih pada ana lagi. Niat sedekah jelah yer. Ana pun dah misplace kat mana ntah... He he.
BalasPadamp/s: Layan gak wrestling setelah seharian lelah dalam tugas. Tapi memang betul kata anta, sejak dah WWE ni mereka wrestling dah macam berlakon telenovela. Tak macam masa zaman WWF dulu.
Eleh, ana dari dulu2 tau WWE ni lakunan. Depa ni bab2 ni kan mmg expert, nampak mcm real aje.
PadamTakkan baru tau beb. Yg rancangan reality2 tu berapa kali punya shooting nak nampak real.
hahaha.. jgn marah sheikh. mood baik ari ni.
Wlu apapun, mmg status janda org selalu anggap nak goda suami orang,senyum orang kata ramah sgt, menggoda; masam pulak org kata sombong berlagak... nape org npk salah sebelah pihak jea, tepuk sebelah tangan x kan berbunyi kan ustaz...
PadamWlu apapun, bg saya apa yang dah Allah tentukan kita kena terima dengan redha, pikir2 wat sakit kepala jea... teruskan kehidupan, laluinya dan pohonkan doa agar dipermudahkan urusan kehidupan, ditunjukkan jalan2 yang lurus dan setiap yang hilang Allah gantikan dengan yang lebih baik...
Bukan mudah ustaz pegang status JANDA nie, maklumlah rumah kosong mcm2 benda nak tumpang duduk termasuk hantu dan syaitan... he3....