Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 Mei 2012

Peugeot Saya Dah Jual (Episod 24)

Peugeot 405 saya (tahun 1996)  dah 2 bulan saya jual. Bukan nak beritahu orang, tapi banyak sangat pertanyaan pada saya. Pertama, ada rakan di internet tanya dan nak beli kereta saya ni. Kedua, ramai orang tanya saya, katanya dia nampak kereta saya kat banyak tempat kat Kluang ni. Tapi saya kata, saya tak ada kat situ.

Jadi, senang cerita saya beritahulah, saya dah jual. Yang belinya orang Kluang juga. Kereta ni saya beli tahun 2008 dengan harga RM 5,500. Dah lama saya mengidam kereta ni sejak dulu dan saya simpan duit  beli tunai. Sekarang, tahun 2012, saya jual dengan harga RM 5,000 dengan cukai jalan dan insuran matinya. Kiranya rugi RM 500 saja kalau ikut harga beli.

Peugeot 408

Semalam dilancarkan Peugeot 408, harganya pun kira berpatutan juga, dalam RM 109,000. Sekali fikir nak juga beli kereta ni. Yer ler, saya tak ada hutang kereta dan gaji orang kerja kerajaan baru naik, tinggi juga kenaikan tu. Tapi saya telan air liur saja, kalau nampak kereta Peugeot 408, mata saya akan menoleh, tapi saya tak beli.

Saya dari tahun 2000 tak ada hutang kereta, nak memulakan hutang kereta semula, bukan senang. Last sekali saya hutang kereta, kereta Proton Saga saya, beli tahun 1996, habis hutang tahun 2000, bayar RM 400 lebih sebulan. Best tak ada hutang kereta ni, dapat gaji penuh.

Peugeot 407

Dari dulu saya mengidam kereta Peugeot 407, harganya sekarang dalam RM 50,000 untuk tahun 2004 dan 2005. Tapi saya tunggu harga murahlah, mungkin setahun dua lagi. Kalau harga dia murah sikit, boleh saya beli.

404, 405, 406, 407, 408

Senang cerita, model Peugeot yang sekelas ini adalah 405(1990), lepas tu 406 (tahun 1997), lepas tu 407 (tahun 2004) dan sekarang 408 (tahun 2012). Senang saja Peugeot cari nama, taklah susah nak cari nama. Ini nama punya pasal, kejap nama dia nama tempatan, kejap lagi nama eropah pulak, mungkin sebab susah nak cari nama.

Saya memang minat kereta Peugeot ni, walaupun model dah lama. Kereta buatan Prancis ni memang syok pakai terutama kerusi dia sedap duduk. Pecutan dan kelajuan dia memang syok. Paling syok masa kat selekoh, bawak laju pun okey jer. Cuma kereta jenis ni bukan semua pomen boleh buat dan alat ganti dia ada mahal sikit. Tapi tak semahal mana kalau kita pandai cari barang sendiri dan upah pasang saja kat kedai. Tanyalah orang yang dah pakai Peugeot macam saya, jangan tanya orang yang tak ada pengalaman.

Beli tunai ni, ikut kitalah nak buat insuran berapa. Nak hantar pomen, boleh saya hantar kat 'pomen pendek' kat Kluang. Beli minyak hitam RM 40, oil filter RM 6 dan upah RM 10, baru RM 56.00. Kalau kereta baru, masuk pusat servis, kena sembelih ratus-ratus walaupun kata ada jaminan.

Cerita Pasal Kereta Episod 25, klik sini

9 ulasan:

  1. Salam tuan kadi,

    Saya minat sngt Peugeot 406. Model yg same digunakan dlm filem trilogi "TAXI" dari Perancis. Dulu mmg minat sngt tngk filem ni. Berulang2 tngknye.

    Tapi bile beli kete - Iswara 2nd tahun 1992 jd pilihan. Xpe lah janji xde hutang. Spare-part pun murah. Apek bwh pokok pun bleh repair klu rosak.Xde pening kepale.

    BalasPadam
  2. Salam, Ustaz.
    Saya setujulah.. senang Peugeot letak nama, saya memang jenis tak masuk kepala nama2 kereta ni, tapi bila baca nombor 404 - 408 tu terus jer masuk dalam kepala ni ha.. hehe..

    Dan lagi, setuju juga, kereta baru bila hantar servis beratus-ratus kena bayar walaupun ada jaminan. Mujur bukan saya yang bayar, tapi cubit paha kiri, paha kanan pun sakit jugakan..

    BalasPadam
  3. Assalam ustaz,

    Lepas ni boleh la masuk lelong kastam pula..hehe..

    BalasPadam
  4. tuan kadi,

    ingin gak sya nak pakai kereta lama jenis imported spt. peugeot dll. belum jumpa lagi yg berkenan di hati. servis bawah pokok pun ok gak.

    BalasPadam
  5. betul la Tuan, saya pakai 408 agak tercekik juga kena dengan pusat servis mereka.. tengah berkira2 nak servis sendiri diluar..

    BalasPadam
  6. saya ada peugeot 407 wagon nk dijual...tuan berminat ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun nak jual Peugeot 407 saya, tahun 2005, hehehe. Saya beli tahun 2013, dah pakai 2 tahun lebih. Kalau saya jual 407, saya nak ambil Peugeot juga.

      Padam
    2. sebab ape nak jual 407? Model nie OK tak

      Padam
  7. Peugeot 407 sangat okey. Kereta INI tak guna turbo dan senang jaga. Boleh guna minyak ron95.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.