Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

11 Mei 2012

Cerita Pasal Topi, Kelakar Juga (Episod 3)

Saya fikir, cammana nak mintak topi dari orang gemuk yang tengah buat roti canai tu. Rasanya lelaki tu kerja sebelah malam saja, pagi tadi dia tak ada.

Kemudian saya nampak seorang lelaki badan kurus umur dalam belasan atau awal 20-an sedang hantar air ke meja pelanggan. Yer, betullah, lelaki tu ada pagi tadi, tugas dia buat air. Lega jugalah saya bila tengok dia dan boleh saya mintak kat dia.

Sebelum keluar dari kereta, saya kena ada gaya tertentu juga, tak boleh sebarang mintak. Baju tshirt saya masuk dalam seluar dan rambut saya pendek waktu tu. Kemudian saya jumpa pekerja yang buat air tu.

"Dik, pagi tadi saya ada tertinggal topi kat meja sana, ada nampak ke ?". Tanya saya.

Dia terus tunjuk pada lelaki yang tengah buat roti canai tu dan mintak topi tu. Lelaki gemuk tu tersipu-sipu terus bagi topi tu kat saya.

"Mintak maaf bang, pakai topi abang". Kata dia.

"Okey, terima kasih". Kata saya dan saya tak cakap apa-apa lagi. Tengok gaya, lelaki tu macam takut dengan saya, hehe. Tapi sebenarnya dalam hati, saya yang takut kat dia.

Lepas tu saya ucap terima kasih pada pekerja yang buat air tadi. Terima kasih. Dalam kereta, dalam perjalanan ke Kluang, terfikir juga, dari pagi tadi keluar rumah ke JB.

Tujuan utama nak jalan-jalan ke Jb dan main ping pong, tapi nampaknya hal topi adalah agenda utama hari tu. Saya rasa kelakar juga, kalau orang lain tak kelakar, saya tak kisahlah.

Episod 1, klik sini.

6 ulasan:

  1. Saya suka baca blog ustaz ni, sebab ustaz tau cara nak deal dgn org. Saya ni jenis direct je, kdg2 tak bagus juga. Terima kasih dan teruskan menulis.

    Saja nak bagitau, hujung minggu lepas saya ni bz "menelaah" blog ustaz ni. Ruangan yang saya paling suka bila ustaz ckp pasal pelaburan dan scam. Dan juga novel Mat Burger. Suami saya nampak, dia kata, "eh tak habis lagi?". Bila nak sambung cerita Mat Burger?

    http://www.emasdantanah.com
    http://www.nurulwahida.com

    BalasPadam
  2. kihkihkih...
    tumpang gelak/senyum je la..


    quote:
    Baju tshirt saya masuk dalam seluar dan rambut saya pendek waktu tu..
    "sah.. nampak pd gayanya..
    sorang peg/anggota penguatkuasa" !!

    namun..
    nasib menyebelahi ustaz...
    mungkin jugak disebabkan topi tu..
    kurang berharga... ;)

    camna gamaknya yea..
    kalu telefon bimbit/iphone/ipad..
    atau komputer riba???
    jawapnya.. 'selamat jalan romeo'..
    hihihi !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ana macam nak setuju pendapat ni. Setuju, setuju, setuju!

      Ada masa2nya rezeki dapat pada kita, ada masanya pada org lain, wlu hak kita.

      Apa pun, tektik nak dapatkan rezeki tu hak masing2 le, selagi tak salah dari segi agama.

      betul tak, betul tak?

      Padam
  3. Ana duk tunggu lama episod ketiga ni. Haha.. Anta takut kat dia sebab dia besor? Awat tak baca cuca sikit sheikh... Haha.. saja nak melawak dengan anta. Ana lama duk ikut blog anta ni tapi hari ni baru terasa nak komen sikit.

    Apapun salam dari ana.

    Ana wental wahdina....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.