Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

26 Februari 2011

Jurulatih Sekolah Memandu Lain Macam Saja Bawak Awek

Tadi saya baru balik menyampai ceramah di Paloh, Kluang. Sampai di kawasan dah dekat dengan bandar, kereta jadi perlahan sebab di depan saya sebuah kereta kancil lambang 'L', maknanya sedang belajar memandu. Dari belakang nampak, pemandunya perempuan dan disebelahnya lelaki usia lebih 40-an rasanya. Yang menarik perhatian sayanya, tangan lelaki tu letak di belakang kerusi tempat pemandu tu. Bukan bersentuhan tapi diletakkan di belakang kerusi macam nak peluk orang tu.

Saya bercakap dengan kawan saya, itu mesti yang sedang belajar tu anak dara, kalau makcik-makcik takkanlah dia buat camtu. Dari belakang, tak perasan yang di depan tu anak dara ke makcik, yang perasannya, perempuan tu kurus dan pakai tudung.

Bila saya potong kereta kancil tu, dapatlah tengok, rupanya anak dara 20-an rasanya. Patutlah lelaki sebelah tu letak tangan macam tu. Betul tekaan saya, kalau makcik-makcik, mesti letak tangan jauh saja. Amboi.... ambil kesempatan nampak..

6 ulasan:

  1. alaaaa..biasa la tu ustaz! lain kali kena bukak kerja cikgu memandu perempuan untuk student perempuan. :)

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
    Cara Dapat Side Income Dengan HeartBeat!

    BalasPadam
  2. org tua gatal...x boleh tengok daun muda...usah ke anak dara isteri org pun tangan mengatal.saya pernah belajar memandu dapat cikgu macam ni..terus tukar cikgu lain..duit boleh di cari..maruah x boleh di jual beli..

    BalasPadam
  3. salam ustaz...

    sy pulak agak...
    yg sedang blajar memandu tu...
    kemungkinan anak dara kpd jurulatih sekolah memandu tu... apa macam..?

    **
    bersangka baik.. kan.. kan.. kan..???
    hahaha !!!

    BalasPadam
  4. Biasalah....Ini adalah adat nafsu.

    Lelaki seperti itu, akan berasa ghairah dan lebih gemar mengajar pelatih memandu wanita daripada lelaki, lebih2 lagi kalau wanita itu muda dan cantik. Ini ada kaitan dengan selera nafsu(seks) yang normal bagi setiap lelaki.
    So, gadis2 sepatutnya lebih berhati2 dan tegas dengan lelaki2 yang cuba menggatal itu.

    BalasPadam
  5. MUNGKIN TEMPAT RUANG KERETA SEMPIT , SAYA BIASA BUAT MCAM TU SEMASA NAK AJAR ANAK SAYA BLAJA KETE KANCIL. TAPI TAK BERSENTUHAN PUN TAK CAYA CUBA PRAKTIK SENDIRI KAT KERETA KANCIL PASTI TANGAN ANDA JUGA BEGITU BERADA DIBELAKANG KERUSI KERETA.TAK BAIK KITA TERUS BERASA BURUK SANGKA...

    BalasPadam
  6. Saya pun setuju dengan perkongsian abang di atas ini.

    Sebenarnya, kita yang melihat dari luar, susah nak mengerti halangan disebabkan ruang terhad.

    Cuba lah sendiri, dan anda akan faham.

    Nafsu ni, semua orang ada, tanpa ada nafsu, kita pun takkan terfikir org lain berbuat tidak baik, mungkin juga nafsu kita yang mengaburi mata kita....

    Minta kalau tersalah kata, ini cuma pendapat saya.

    Minta maaf sekali lagi.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.