18 Februari 2011
Kebenaran Solat Jumaat di Penjara Simpang Renggam
Minggu lepas, 11 Febuari 2011 adalah hari bersejarah bagi penjara Simpang Renggam apabila kebenaran diberikan untuk mendirikan solat Jumaat kepada tahanan di dalam penjara. Hampir separuh dari tahanan di sana beragama Islam, selepas ini akan mendirikan solat Jumaat di situ. Minggu lepas, saya hadir ke sana dan membuat pengistiharan untuk mendirikan solat Jumaat di situ.
Kronologi Permohonan Kebenaran Solat Jumaat
1. Pihak penjara membuat permohonan kepada pejabat Kadi Kluang.
2. Pejabat Kadi Kluang memberi teguran dan meminta untuk membuat penambahbaikan terhadap permohonan itu.
3. Permohonan dikemukan semula ke pejabat Kadi Kluang.
4. Pejabat Kadi Kluang menghantar surat permohonan tersebut kepada Jabatan Mufti Johor.
5. Surat dikeluarkan oleh Mufti Johor, membenarkan permohonan tersebut setelah kajian dan penelitian dibuat.
6. Pengistiharan solat Jumaat pada 11 Febuari 2011.
(Gambar di atas, bersama Timbalan Pengarah Penjara Simpang Renggam dan staf penjara selepas solat Jumaat)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Alhamdulillah..akhirnya, tahanan2 dapat bersembahyang jumaat.....
BalasPadamtuan kadi berbaju oren ke?
BalasPadamAssalamualaikum. Syukur alhamdulillah.
BalasPadamSaya agak terkejut juga kerana saya ingatkan selama ini banduan berugama Islam dapat memunaikan solat Jumaat! Walaupun mereka banduan. Di harap dgn ini juga mereka dapat menyelami rasa insaf.
Saya juga ingin tahu apakah banduan berugama Islam dimestikan memakai seluar pendek? Dan apakah mereke dibenarkan menunaikan solat 5 waktu semasa di penjara?
tuan kadi baju hijau pucuk pisang le...yang baju oren tu...tuan bong karimon
BalasPadam