Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

09 Februari 2011

Banjir di Segamat 2011 Lebih Buruk Dari Tahun 2006

Tadi saya ke Segamat,menyampaikan satu ceramah bertajuk " Kesalahan-kesalahan di bawah Undang-undang Keluarga Islam 2003" dalam satu seminar. Dalam perjalanan di Yong Peng, terkejut juga melihat beberapa rumah masih ditenggelami air. Air sungai dan  parit masih melimpah dan mengenai beberapa rumah dan kebun. Air bertakung di situ dan lambat surut walaupun sudah hampir seminggu tidak hujan di sini.



Bila sampai di Segamat, saya lihat beberapa pekerja kedai masih sibuk mengemas kedai kesan dari banjir. Ramai tuan kedai baru membuka kedai selepas cuti Tahun Baru Cina. Saya pergi minum dengan Ustaz Saifulnizam dan dia menyatakan banjir tahun ini lebih buruk dari tahun 2006 iaitu kira-kira 1 meter lebih tinggi mengikut tanda paras air yang dibuat.




1 ulasan:

Dipersilakan komen.