Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

06 Februari 2011

Tafsiran Mimpi Bagi Kaki Judi Nombor Ekor (Episod 1- Mimpi Rokok)

1. Mimpi Rokok:



Setiap mimpi ada maknanya bagi kaki judi. Jadi setiap kali bangun tidur, sebelum buat apa, ingatkan dulu, tidur tadi mimpi apa.

Bagi orang kaki nombor, kalau malam tadi mimpi hisap rokok atau nampak rokok, atau beli rokok, atau nampak van rokok. Ikut buku sifir nombor ekor, nombor yang dikatakan bakal naik adalah, 09XX atau 29XX. Dua angka belakang tu saya saja tutup untuk mengelakkan salah guna. Sebenarnya, semua ini bukanlah rahsia sebab bagi kaki judi, mereka ada buku sifir khas yang menceritakan semua ini, hebat dia orang ni. Kalau tak ada buku pun, nanti kat kedai atau warung ada seorang sifu yang mahir pasal sifir ni atau dengan kata lain tukang cai nombor.

Hairannya, kenapa orang kita percaya pada benda-benda macam ni. Ramai juga yang mimpi, lepas tu tengok buku sifir, pun tak kena juga. Jadi, cerita saya ini jangan disalah tafsir.....Dan jangan salahkan sesiapa kalau mimpi rokok tapi beli tak dapat pun. Sori, jangan marah sama gua, gua bukan kaki nombor sama lu.

Bertaubatlah

Ingatlah, judi adalah HARAM hukumnya dan satu pembaziran wang ringgit. Ramai orang kita yang berhutang termasuk pada ceti haram kerana berjudi. Hidup mereka tak tenteram dan sering mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa dalam mendidik dan memberi nafkan kepada anak isteri. Ada juga yang sampai rumah kena lelong bank dan kereta moto kena tarik disebabkan kalah judi.  Hidup dan tidur mereka sering dilamun mimpi dan gangguan sehingga mimpi pun boleh jadi panduan untuk membeli sesuatu nombor.

 Di Johor, orang Islam yang berjudi atau memasuki kedai judi boleh didenda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali. Ramai yang sudah didakwa termasuk ramai yang sudah dihukum penjara di Johor kerana berjudi, tapi ramai lagi orang kita yang tak sedar.

...BERSAMBUNG KE EPISOD 2 (Tajuk Mimpi Nampak Jam Tangan)

8 ulasan:

  1. Ustaz,
    Judi tikam nombor ini ada setannya. Tak boleh berhenti begitu saja. Sama susah macam berhenti hisap rokok atau hisap dadah. Hukuman denda/penjara tidak menyelesaikan masalah.

    Jangan salahkan kaki judi saja. Tutup sekali kedai judi yang berlesen itu sekali. Bukankah Ustaz sendiri dalam ceramah Ustaz bahawa pengunjung utama kedai judi ini adalah orang melayu ?

    BalasPadam
  2. Asalamuilaikum.bermimpi bertemu dgn org yang telah mati

    BalasPadam
  3. tandanya mu pung nok mati gok

    BalasPadam
  4. Betul betul.betul..setuju sangat dgn cadangan tutup kedai nombor...banyak.sangat yang duduk di awangan kerana nombor nie..harap ustaz boleh pelan pelan.sembang ngan mb suruh block lesen judi nie

    BalasPadam
  5. Berjudi adalah haram kalau membiakan,kedai judi siap bg lesen lagi, ni jawapanya, bersubahat,dosa sama je dngan kaki judi (

    BalasPadam
  6. salam uztaz saya bermimpi menang judi. tetapi saya tidak dapat duitnya kerana kedai judi itu diserbu oleh pihak berkuasa. harap bantuan ustaz untuk menafsir mimpi tersebut. terima kasih

    BalasPadam
  7. Bagus mamat aku suka

    BalasPadam

Dipersilakan komen.