Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

06 Februari 2011

Latarbelakang Hosni Mubarak, Presiden Mesir Keempat



Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak (bahasa Arab: محمد حسنى سيد مبارك; lahir 4 Mei 1928)umur 82 tahun merupakan Presiden Mesir ke-4 sejak 1981. Sebelum menjadi Presiden, Mubarak menjadi askar Tentera Udara Mesir. Beliau menjadi Naib Presiden di bawah Anwar Sadat, dan menggantikan Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981.Hosni Mubarak (dilahirkan 4 Mei 1928), dilantik menjadi Naib Presiden pada 1975

Mubarak dilahirkan di Kafr-El-Meselha, pentadbiran Gabenor Monufiyah, Mesir. Apabila tamat sekolah tinggi, beliau menyertai Akademi Militer Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949. Pada 1950, beliau menyertai Akademi Tentera Udara Mesir, akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan, dan ditugaskan dalam skuadron pengebom. Kemudian beliau diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow.

Selepas menyempurnakan latihannya, Mubarak menjadi pegawai Tentera Udara Mesir berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila beliau menjadi Kommander Tentera Udara.
Presiden Mesir
Berikutan pembunuhan Presiden Sadat oleh militan Islam pada 1981, Hosni Mubarak menjadi Presiden Republik Arab Mesir dan Pengerusi Parti Demokratik Kebangsaan (NDP). Beliau juga Presiden Republik Mesir paling lama. (28 tahun pada 2009). Hosni Mubarak menikahi Suzanne Mubarak, dan mempunyai dua anak lelaki: Alaa dan Gamal Hosni Mubarak dikatakan dipersiapkan sebagai pengganti.
 
Mesir kembali ke Liga Arab

Keahlian Mesir dalam Liga Arab digantung akibat Perjanjian Kem David ditandatangani oleh Presiden Anwar Sadat pada 1988. Selepas Anwar Sadat dibunuh pada 6 Oktober 1981 - pada 1989, di bawah Mubarak, Mesir diterima kembali ke dalam Liga Arab. Ibu pejabat Liga Arab dipindah semula ke Kaherah.
 
Perang Teluk Parsi

Mesir menyertai Perang Teluk Parsi 1991. Tentera berjalan kaki Mesir mendarat di Arab Saudi untuk mengusir tentera Iraq dari negara Kuwait. Presiden Mesir tanpa ragu memihak kepada Amerika Syarikat untuk mengusir penjajah Kuwait itu.atas jasa Mesir itu, Eropah melupuskan hutang Mesir sebanyak $20 bilion .
Cubaan bunuh

Mubarak terselamat dalam 6 cubaan bunuh.Pada bulan Jun 1995 cubaan bunuh melibatkan Al-Gama' al-Islamiyya (Islamic Group) dan Jihad Islam Mesir . Ketika itu beliau berada di Ethiopia untuk menghadiri persidangan Organisasi Afrika Bersatu (AU). Apabila Mubarak kembali ke Mesir, beliau menahan 20,000 ahli Al-Gama' al-Islamiyya pada 1999 kerana kesalahan mahu melancarkan revolusi pertubuhan Islam.
 
Undang-Undang Darurat

Di bawah undang-undang Darurat, kerajaan mempunyai hak menahan seseorang tanpa bicara semenjak pembunuhan Anwar Sadat pada 1981. Mereka tidak dibicarakan di mana-mana mahkamah untuk membicarakan kesalahan sebenar mereka.
 
Pewarisan presiden

Banyak berita tersiar di Mesir menyatakan Mubarak menyediakan anaknya Ala sebagai pengganti beliau sebagai Presiden Mesir .Namun Mubarak menafikan khabar angin tersebut.
 
Mubarak dan Palestin
Mubarak membantu Palestin terutama perjuangan Fatah yang dipimpin oleh Yasser Arafat.Beliau menyokong semua usaha yang dilakukan oleh Liga Arab. Mubarak juga menyokong Sidang Kemuncak Beirut pada 28 Mac 2002. Israel didesak berundur dari seluruh wilayah pendudukan, termasuk Bukit Golan,pemerintahan sendiri Palestin di Tebing Barat dan di Semenanjung Gaza dengan Jerusalem Timur sebagai ibu negara Palestin dan menyelesaikan kem pelarian Palestin. Sidang Kemuncak Riyadh 2007 hasil usaha Liga Arab mendesak menteri luar Jordan dan Mesir menyokong inisiatif Keamanan itu.

Pada 19 Jun 2008, Mesir menjadi orang tengah bagi meredakan peperangan antara Israel dengan Hamas. Perjanjian itu memerlukan Hamas berhenti melancarkan serangan ke atas Israel dan menguatkuasakan gencatan senjata di Tebing Gaza. Untuk itu, Israel membenarkan antara 500 dan 600 buah lori bekalan makanan masuk setiap hari ke Semenanjung Gaza .

Hamas mengkritik Israel kerana sekatan masih berterusan sehingga rakyat Palestin terpaksa melakukan penyeludupan bawah tanah untuk ke seberang. Israel menuduh Hamas menyeludup senjata dari Mesir ke Gaza melalui terong-terowong tersebut. Oleh itu Israel terpaksa meneruskan serangan roket terhadap rumah-rumah awam yang menjadi pintu terowong tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.