Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

24 Februari 2011

Minyak Dunia Melonjak Naik, $ 101.43


Masa saya menulis ni, jam 9.25 malam, 24 Febuari 2011, harga minyak dunia sekarang $ 101.43 setong. Ini kenaikan yang cepat dari $ 80 lebih dalam masa tak sampai seminggu. Ini berikutan krisis politik di Libya yang semakin tenat dan tiada tanda penyelesaiannya.

Naik Lagi

Pada jam 9.30 malam pula, harga naik lagi kepada $ 101.59.  Operasi pengeluaran minyak di Libya mula terhenti secara perlahan-lahan semalam ekoran syarikat-syarikat minyak yang beroperasi di negara itu menutup kemudahan mereka selepas tunjuk perasaan di negara itu berterusan.

Eni, syarikat dari Itali yang merupakan firma minyak terbesar di Libya dan firma minyak dari Sepanyol, Repsol berkata, mereka telah menggantung beberapa operasi pengeluaran mereka di negara itu.
Syarikat minyak Total dari Perancis, BASF dari Jerman dan OMV dari Australia turut menyatakan bahawa mereka akan mengurangkan atau menghentikan pengeluaran di negara di utara Afrika itu.

1 ulasan:

Dipersilakan komen.