Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

19 Februari 2013

Jual Air Doa, Patut Ker Tidak ?


Ada beberapa barangan di pasaran, antaranya air dan makanan kesihatan yang katanya 'air doa'. Kemudian saya jumpa pula susu kambing yang ada juga perkara sebegini. Antaranya jual air biasa, entah air miniral, entah air tapis, entahlah tapi katanya ini bukan air biasa.

"Bacaan 30 juzuk Al-Quran dan Doa". Itu antara tulisannya. Ramai orang beli dan produk ini dapat sambutan. Sebab apa dapat sambutan ? Sebab orang fikir air ini ada keistimewaan, iaitu dah dibaca dengan ayat Quran.

Tapi pada saya, perlulah buat kajian terperinci. Jangan pembeli tertipu dan terpengaruh hanya dengan slogan sebegini. Maaflah, bukan saya nak menuduh, tapi sekadar nak membuka minda kita semua. Tapi kalau dah kaji dan kata perkara ini bagus, maka bolehlah diteruskan. 

Atau kalau lepas kaji dan rujuk pakar agama dan kesihatan, kalau kata tak baik,  maka penjualan barangan sebegini hendaklah disekat. Jangan nanti akidah boleh terpesong, kesucian agama boleh dipermainkan dan sebagainya.

2 ulasan:

  1. Salam, ada juga yang menjual losyen kurus yang dikatakan telah didoakan oleh pelajar tahfiz, untuk apa saya kurang pasti, mungkin mendoakan cepat kurus?

    saya

    BalasPadam
  2. banyak lagi pihak2 jakim kena tegur ...selain jualan air jampi...ubat abag kuat n bini ketat...eiiii sungguh x senonoh!!! nampak mcm kita ni org islam kemaruk sgt dgn seks! malu dgn org bukan islam...siap ada banner perempuan islam bertudung ckp psl perkara2 ini...dgn getah di jari hendak menunjuk betapa ketatnya la dia...gila! ada lagi banner perempuan yg sama tapi lelaki berbeza...tagline masih abg kuat bla2...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.