17 Disember 2013
Bini Tak Ada Masa Urut Suami Kat Rumah ?
Sabtu lepas, saya ke sebuah pasaraya dan saya singgah di sebuah kedai alat senaman. Saya tengok beberapa alat senaman dan saya diminta mencuba mesin urut badan. Alat itu berbentuk kerusi kulit dan harganya agak mahal iaitu dalam RM 4,000 lebih. Lelaki bangsa Cina umur dalam 30-an itu minta saya cuba alat itu.
Saya duduk atas kerusi itu dan bermulalah urut badan saya termasuk kaki. Bestlah juga alat tu, lagipun saya sedang tunggu isteri saya beli barang. Jadi sambil-sambil tu, baik juga kalau kena urut. Sambil urut tu, lelaki itu bercerita panjang untuk kempen supaya saya beli alat tu.
"Kalau U balik kerja, mintak U punya bini urut saya U, macam-macam dia jawab, sibuklah, nak masaklah, nak jaga anaklah, letihlah..... Lagi senang U angkat ini mesin. U tekan suis saja, dia urut sama U...."
Selesai 15 minit mesin itu urut saya, saya pun balik dan memang taknak beli pun alat tu. Bukan saya nak beli pun, tapi dia suruh saya test alat tu. Cuma kelakar juga lelaki tadi bercerita. Nasib baik isteri saya tak ada kat situ. Kalau ada, entahlah macam mana. Entah-entah kena cili sambal belacan mulut lelaki tu. Kenapalah buat contoh "U punya bini". Maksudnya saya punya bini ni. Kenapalah tak buat contoh bini orang lain, hehehe.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Diari isteri yg bekerja : Bangun pagi pukul 5.00 pagi...masak untuk anak2 dan suami, mandi, solat subuh, siapkan baju suami, hantar anak ke rumah pengasuh, pergi kerja.
BalasPadamPukul 5.00 ptg balik kerja : Jemput anak di rumah pengasuh, mandi, masak, solat maghrib, ajar anak solat & mengaji, suapkan anak makan, layan suami makan, basuh pinggan mangkuk, kalau waktu sekolah ajar anak buat homework, solat isyak dgn anak-anak, lipat kain, kemas rumah, siapkan bahan untuk masak esok, tidurkan anak-anak. Akhirnya ibu pun tertidur sama dgn anak2.....Pukul 5.00 pagi jer secara automatiknya jam di kepala dah bunyi untuk laksanakan tugas hakiki.
Kerja kilang balik 6 petang paling awal. OT boleh sampai 9 malam.
BalasPadam