Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

17 Oktober 2011

Kes Khalwat dan Ceramah Depan Lakonan Jenazah di TV (Episod 1)

Malam tadi saya tengok TV jam 8.00 malam semalam iaitu kes tangkapan khalwat di sebuah negeri. Apa yang saya dapat faham dalam tangkapan tersebut, yang menangkapnya adalah satu jawatankuasa, mungkin jawatankuasa penduduk atau masjid. Pada anggapan saya, yang menangkap itu bukan penguatkuasa jabatan agama di negeri berkenaan. Tidak dipastikan sama ada mereka mempunyai kuasa atau sebaliknya, saya kurang pasti.

Tangkapan pula di hotel budjet yang menurut laporan tersebut termasuk warga asing dan pelajar. Wartawan juga sama-sama dalam operasi itu dan merakamkan beberapa aksi semasa tangkapan.

Selepas itu, orang yang kena tangkap itu dibawa menaiki van jenazah ke masjid. Kemudian  dibuat ceramah di masjid oleh seorang ustaz. Ditayangkan di dalam tv, perempuan memakai telekung solat dan lelaki bersongkok. Muka orang yang ditangkap dikaburkan untuk mengelakkan dari dikenali. Ceramah pula di depan lakonan jenazah.

Selepas itu, seorang lelaki membuat kenyataan akhbar dan di belakangnya ada beberapa lelaki yang mungkin yang sama-sama turut serta dalam operasi itu.

Ulasan Saya

Adakah kaedah tangkapan ini menepati kehendak undang-undang ? Saya tak mahu ulas perkara ini sekarang. Mungkin dalam seminggu lagi atau dua tiga hari lagi saya akan ulas isu ini. Bukan apa, saya tidakmahu tulisan saya ini dijadikan hujah oleh sesuatu pihak. Eloknya, pihak yang merasa prihatin terhadap apa yang berlaku ini menyelesaikan segera dan perlu ada penambahbaikan.

Apa yang saya nak titikberatkan di dalam perkara ini adalah, adakah tangkapan ini menepati prosedur yang ditetapkan ? Adakah menepati SOP atau standart operating prosedures dalam undang-undang berkaitan jenayah syariah di negara kita.


....BERSAMBUNG KE EPISOD 2, KLIK SINI

2 ulasan:

  1. saya tengok juga semalam
    saya rasa, sekarang ni masyarakat perlu main peranan...kalau dah PASTI Khalwat/maksiat tangkap saja!! tapi mungkin kena kerja sama dengan pihak berkuasa supaya mematuhi prosedur yang ditetapkan. kalau nak tunggu pihak berkuasa, depa pun tak menang tangan. Kalaulah niat mereka nak jaga masyarakat dan berdakwah, saya setuju masyarakat buat kumpulan dalam komuniti mereka untuk tangkap Pemaksiat2..especially kes zina dan judi...

    Memang masyarakat kena prihatin..sebab masyarakat tak prihatinlah sebelah rumah berzina pun ntah2 kita taktahu...

    bab bagi ceramah dan nasihat dan naik van jenazah tu saya setuju..biar rasa insaf..kalau boleh kapankan saja..biar berasa takutnya baru buat maksiat...pesalah dan pemaksiat memang harus diserang sarafnya dengan hal2 begini. Tidak kasar tetapi secara halus dan mendalam.

    mmm, saya pun nak tunggu ustaz terangkan tentang SOP tu, sebab pandangan saya dr kacamata saya yang tak arif tentang SOP tu.

    dan saya setuju perkara semacam ini perlu ada penambahbaikkan dan tak wajar dijadikan isu negatif...

    BalasPadam
  2. kekadang.. bila kominiti ambil tindakan sendiri tanpa mengetahui tindakan sewajarnya.. semestinya banyak yang akan mengambil kesempatan, samaada untuk kepentingan sendiri mengambil rasuah konon kononnya.. ataupun mengabaikan hak yang ditangkap itu.. contoh mencederakan , merogol dan akan berlaku demdam dan sebagainya. .. solusinya perbanyakkan penguatkuasa yang didik khas untuk menangkap..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.