26 April 2012
Anak Angkat, Hidup Terabai, Mengandung Luar Nikah.....
Seorang perempuan awal 20-an berstatus anak angkat sejak bayi lagi kepada satu keluarga. Masa kecil, perempuan ini hidup bahagia dengan ibu bapa angkatnya. Bagaimanapun, kemudiannya ibubapa angkatnya bercerai dan membawa haluan masing-masing.
Bapa angkatnya kemudian bernikah dengan perempuan lain dan mengabaikan anak angkatnya ini. Ibunya juga bernikah lain dan tidak bawa anak angkat ini duduk bersamanya. Perempuan ini hidup menumpang dengan sedara sebelah ayahnya. Hidupnya dengan keluarga ini bukan seperti anak angkat tetapi seperti menumpang kasih. Keluarga ini bukanlah orang yang berkemampuan dari segi ekonominya.
Perempuan ini sekolah tidak habis kerana tekanan emosi dan ekonomi. Dia bekerja sebagai jurujual dan duduk di rumah bujang dengan kawan sekerjanya. Kemudian, perempuan ini kenal dengan seorang lelaki 20-an yang belum bekerja.
Akhirnya perempuan ini mengandung luar nikah dan usia kandungannya makin membesar iaitu 5 bulan lebih. Bagaimanapun, jalan penyelesaian untuk bernikah belum ada. Lelaki katanya bukan tidak mahu bernikah, tetapi dia belum bekerja dan ibubapanya pula belum tahu pasal nikah ni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
dugaan.. tiap-tiap org ada bahagian masing-masing..
BalasPadamyea... setuju...
BalasPadamdugaan....
ini la yg dikatakan...
liku2 "itam putih kehidupan"...
sian no...sebab tu kita kena peluk dan biar anak rasa duduk dalam pelukan kita lebih selamat berbanding lelaki yang belum bergelar suami...
BalasPadamsemoga allah amoun dosa anak tu dan beri hidayah padanya supaya jadi insan soleh..amin
bg sy jelah baby tu..sy sedia mendidik n menjagenye..
BalasPadamsy sedia menjage n mendidik baby tu,,
BalasPadam