Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

10 April 2012

Perempuan Terkejut, Mengandung Luar Nikah 8 Bulan

Ikut ceritanya, seorang perempuan 20-an disahkan mengandung 8 bulan oleh pihak perubatan. Dia kata, dia pergi ke klinik sebab sakit perut dan rasa loya serta tak tahu pun dia mengandung.

"Jadi kamu sudah tak datang bulan lebih 8 bulan ?". Tanya saya.

"Yer, betul". Jawab dia ringkas.

"Jadi kenapa kamu tak syak yang kamu mengandung ?" Tanya saya.

"Saya tak tahu, sebab kekadang saya datang bulan tak menentu". Jawab perempuan tu.

"Ermmm.. ustazah. Betul ker boleh jadi begitu ?" Tanya pada pada seorang ustazah yang duduk di sebelah perempuan tu.

"Memang tak pernah berlakulah macam ni. Tapi tak tahulah..." Jawab ustazah tu.

Apa Cerita Sebenarnya

Perempuan ini 20-an kerja di sebuah kilang ada pakwe 20-an kerja di sebuah bengkel. Dia mengaku yang ada buat hubungan sex luar nikah pada 8-9 bulan dulu dan mengesahkan itu adalah kerana perbuatan mereka secara sukarela.

Dan juga, kali terakhir mereka buat hubungan sex pada 2 minggu lepas, iaitu masa sedang mengandung. Cuma dia kata, baru-baru ini saja perempuan tahu dia mengandung. Bila ditanya, berapa kali pernah melakukan hubungan sex ini, dia tak ingat kerana sudah banyak kali sejak 2 tahun.

Pada saya, nak cerita apa-apa, kata tak tahu ker, tahu ker, salah tetap salah. Pasangan ni nak nikah segera, itu pun tak ada halangan. Tapi pasangan ini tetap akan didakwa di mahkamah syariah kerana perbuatan mereka ini.


5 ulasan:

  1. ada kes mengandung tak tahu..some kes, dah nak bersalin baru tau mengandung...tapi sangat jarang la...Saya pernah tengok dalam rancangan rescue 911...

    doa, mudah mudahan mereka insaf, mulakan hidup baru dan didik diri dan anak jadi anak soleh...

    BalasPadam
  2. dia tak datang period tu masalah hormon tu

    sama situasi macam adik kembar saya, setahun dia period 1-2x je, maksima pun 3x gitulah, tapi tak jugak pregnant,sbb dia terang lagi bersulu mmg masalah hormon, macam-macam cara dah try, tradisional, moden, laki dia pun ustaz macam-macam air penawar dah minum, agaknya rezeki dia blm tiba lagi dan rezeki dia nmpknya ke arah lain. tapi pompuan tu senang pulak preggy, kuasa Allah :-)

    BalasPadam
  3. salam ustaz,
    peliknye kes macam ni. saya pun pregnent 8 bulan setengah tp perut cam tembikai..xkan la perempuan ni x rasa perubahan fizikal. wallahuaklam..semoga mereka bertaubat..

    BalasPadam
  4. Ustaz tulis "Bila ditanya, berapa kali pernah melakukan hubungan sex ini, dia tak ingat kerana sudah banyak kali sejak 2 tahun."

    Dah biasa buat projek 2 tahun tapi tak pulak termengandung ... bila mengandung tak tahu pulak ... inilah agaknya bala dari ALLAH.

    BalasPadam
  5. Salamx,
    kita manusia biasa, adat melakukan sesilapan tapi tak perlukan kita beri pandangan sinis seperti beberapa maklum balas yg sy baca diatas, ustaz bercerita utk dijadikan iktibar. mungkin keadaan period dia yg tak menentu menyukarkan dia mengandung sebelum nie jadi tak mustahil 8 bulan br dia sedar yg dia mengandung...bagi sesetengah yg berbadan besar & kandungan ank pertama saiz perut tiada beza. Mungkin skang dia baru tersedar akan kesilapannya kita mesti berfikiran positif & beri ruang utk dia memperbetulkan kesalahan yg dia lakukan. berfikiran negatif akan memburukan keadaan..... sekian

    BalasPadam

Dipersilakan komen.